Laporan Skor MyCTOS Percuma Sepanjang PKP Covid-19

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai Laporan Skor MyCTOS Percuma Sepanjang PKP Covid-19.

Semua kita sedia maklum bahawasanya dunia sekarang sedang berdepan dengan pandemik Covid-19. Semua negara di dunia terjejas dengan kewujudan virus yang mengancam nyawa ini. Saban hari, bilangan pesakit makin bertambah. Negara kita Malaysia juga tidak terkecuali. Pelbagai perusahaan terpaksa ditutup dan aktiviti masyarakat pula terpaksa dihadkan.

Namun kita semua perlu akur kerana apa yang paling utama sekarang adalah keselamatan dan juga kesihatan kita kekal terjamin. Ini bagi memastikan penularan virus ini dapat dihentikan dan mengelakkan ianya dari menjangkiti lebih ramai orang.

Dengan keadaan tersebut, ianya akan menyebabkan keadaan kewangan individu akan terjejas. Mana tidaknya jika tidak dapat meneruskan perniagaan, bekerja dan juga penghadan perjalanan, pastinya akan memberi kesan langsung kepada kewangan individu itu sendiri.

Oleh yang demikian, CTOS, agensi pelaporan kredit terbesar di Malaysia, sedang memantau dengan teliti isu-isu kewangan yang timbul akibat wabak penularan COVID-19 (Coronavirus) dan kesan hebat yang menjejaskan masyarakat pengguna di Malaysia.

Menurut Dennis Martin, Ketua Pegawai Eksekutif CTOS,

“Semasa wabak COVID-19 ini, soal kesihatan dan keselamatan kita merupakan keutamaan yang paling mendesak. Akan tetapi, pengguna mungkin juga risau bagaimana keadaan ekonomi masa kini akan memberi kesan terhadap kedudukan kewangan mereka,”

Dennis Martin

“Memandangkan hal itu, pihak kami akan menyumbangkan sehingga 100,000 laporan kredit Skor CTOS secara PERCUMA bernilai RM 2.5 juta bertujuan membantu rakyat Malaysia mendapat pencerahan yang lebih jelas atas kedudukan kewangan mereka.”

Dennis Martin

Dapatkan Laporan MyCTOS Percuma

Untuk makluman anda semua, sempena dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, pihak CTOS telah berbesar hati untuk melaksanakan program CSR mereka dengan memberikan laporan CTOS secara percuma!

Dapatkan skor MyCTOS secara percuma

Ya. Anda baca dengan betul. Laporan percuma akan diberikan kepada anda semua sehingga 31 Mei 2020 ini. Ianya terhad kepada 100,000 pemuat turun yang terawal. Jadi jom muat turun skor MyCTOS anda sekarang

Tekan disini untuk muat turun : Laporan Skor MyCTOS

Guna kod Promosi : FREEMCO20

Pihak pengguna dan perniagaan yang sedang terkesan atau mungkin terkesan akibat COVID-19 dinasihatkan supaya menghubungi pihak pemberi pinjaman dan pemiutang mereka secara langsung untuk membincangkan pilihan-pilihan jangka panjang mereka dan pihak CTOS menggalakkan rakyat Malaysia agar bersikap proaktif dalam memantau kredit supaya sentiasa mengikuti perkembangan kewangan peribadi sepanjang tempoh yang rumit ini.

Selain itu, pengguna boleh mendapat sokongan untuk mengurangkan potensi  kesan negatif akibat wabak ini terhadap kedudukan kredit mereka, dengan melayari laman web CTOS yang memaparkan maklumat terkini mengenai laporan dan skor kredit.

Tentang CTOS Data Systems Sdn Bhd

CTOS, agensi pelaporan kredit persendirian terkemuka di Malaysia, adalah Agensi Pelaporan Kredit yang berdaftar di bawah Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010, Kementerian Kewangan. Ditubuhkan pada tahun 1990, CTOS mempermudah perlanjutan kredit dengan cara membolehkan individu dan perniagaan mengakses maklumat penting dengan lebih mudah dan lebih cepat.

CTOS menyampaikan portfolio yang lengkap meliputi penyelesaian dan perkhidmatan pengurusan risiko kredit, dan digunakan secara meluas oleh institusi perbankan dan kewangan, syarikat insurans, syarikat telekomunikasi, perbadanan besar, PKS, firma guaman dan badan berkanun.

Untuk maklumat lanjut, layari www.ctoscredit.com.my

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge