Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semoga dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Aminn. Hari nih aku nak kongsi sedikit tentang Loo Jo Yee. Kalian kenal tak dengan perempuan ini? Saya sendiri pom tidak beberapa kenala akan dia namun traffik menggunakan keyword dia mencanak-canak naik kepada blog aku ini.
Mungkin kerana penangan sedikit penulisan aku tentang beliau yang dulu. Untuk rujukan anda boleh tengok di sini. Mungkin disebabkan semalam kisahnya di siarkan dalam TVAlhjrah menyebabkan ramai yang teringin untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang dia. Berikut adalah sedikit mengenai si cantik manis ini.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Loo Jo Yee . Ada kisah menarik mengenai beliau. Mari kita kongsi cerita beliau.
Beliau tiada nama Islam kerana sekarang seseorang muallaf sudah tak perlukan tukar nama dengan nama Islam, dan hanya perlu ber ‘binti’ kan kepada Abdullah serta tak perlu tukar bangsa, maka namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah.
Beliau telah masuk Islam ketika masih berusia 17 tahun, disebabkan di Malaysia mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula 18 tahun sahaja. Jadi, beliau terpaksa menangguhkan dulu permohonan.
Bapa Jo Yee beragama Buddha manakala ibunya beragama Kristian. Dan beliau bercita menjadi seorang paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga beliau sangat bantah hingga menganggap masuk Islam adalah sangat menghinakan bagi keluarganya.
Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui dua peristiwa yang menarik.
Yang pertama adalah, beliau mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama Islam. Oleh itu, mereka telah berdebat tentang agama masing-masing. Ketika itu, beliau bermatlamat untuk membawa rakan-rakan Islam untuk masuk agama Kristian.
Namun untuk berdebat dengan rakan-rakan, beliau telah mengkaji al-quran, membaca kisah Nabi Muhammad s.a.w dan mengkaji kemunculan Islam untuk mencari kelemahan Islam.
Semakin beliau mengkaji, semakin lama beliau mula tertarik dengan ajaran Islam. Beliau sendiri mengaku bahawa di dalam Bible banyak perkara yang telah diolah hingga menyimpang dari perkara sebenar.
Oleh itu, Jo Yee mengkaji Islam dengan lebih mendalam untuk mencari perkara yang sebenar. Dengan itu, beliau telah mendapat ketenangan jiwa ketika membaca al-quran. Itu adalah hidayah pertama Loo Jo Yee.
Peristiwa kedua yang membawa hidayah kedua beliau adalah ketika beliau menghidap mendapat penyakit thyroid di bahagian leher. Doktor mengesahkan 90% besar kemungkinan adalah penyakit tersebut. Beliau merasakan ini adalah penamat bagi kehidupan beliau walaupun masih muda.

Loo Jo Yee..
Rakan-rakan Islam Jo Yee telah banyak ‘encourage’ beliau untuk cuba berdoa kepada Allah taala. Beliau cuba dengan menadah tangan, menangis dan hanya berserah kepada Allah.
Keesokan harinya, ketika beliau menjalani medical check-up, doktor mengesahkan penyakit itu bukan kanser. Disebabkan itu, beliau yakin dengan kuasa Allah taala dan pada waktu itu juga la beliau mengucap 2 kalimah syahadah. Subhanallah.. Allahuakhbar!
Loo Jo Yee berasa hiba kerana beliau berasa telah dipilih Allah untuk mendapat hidayah ketika berumur 17 tahun sedangkan remaja yang seusia beliau sibuk bersuka-ria hingga tersasar di jalan Allah.
Banyak dugaan yang beliau terima selepas bergelar muallaf, hingga dipulaukan rakan-rakan sendiri dan keluarga tercinta. Beliau sangat bersyukur kerana mendapat keluarga angkat di Ipoh yang mengambil berat terhadap beliau. Jo Yee berharap selepas ini dia berpeluang untuk berdakwah kepada remaja-rakan yang seusia dengan cara tersendiri.
Untuk tahu lebih lanjut kisah Loo Jo Yee, boleh download di link ini :
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
KIsah di atas di sunting dari facebook seseorang..
Apepun hidayah itu milik Allah SWT. Kita sebagai hambanya hendaklah sentiasa mecari hidayah Allah ini. Hidup kita terumbang-ambing namun dengan izin Allah, segalanya mungkin terjadi.
AM: Perempuan yang sebelah Loo Jo Yee tu namanya Mitchelle Nur Alya.. Ini link untuk mengetahui lebih lanjut tentang Mitchelle nih.. Alamat blog dia
Agak sedih kerana kebanyakkan blog menggunakan gambar asal daripada aku untuk entri pasal Loo Jo Yee ini namun dibuangnya watermark aku dan claim sebagai milik diorang.. Sabor jelah.. Tak kesah kalau nak guna gambar tanpa kredit tapi kenapa perlu buang watermark aku..waaaaaa…Sentap hati mak tau.



14 comments
NourAdieb
February 27, 2012 at 9:45 am (UTC 8)
Comel lah Loo Jo Yee
Amirez
February 27, 2012 at 9:59 am (UTC 8)
alhamdulillah, semoga Jo Yee istiqamah. ada info tentang Mitchelle Nur Alya? dia pun muda lagi nampaknya.
tak tahu pula gambar kat blog saya tu adalah gambar bro. saya ambik kat facebook. maaf sebab tak tau. sekarang jugak bagi kredit gambar
Amirez baru jer tulis pasal..Gadis Kristian Mendapat Hidayah Allah Seawal Usia 17 Tahun
fiza
February 27, 2012 at 12:06 pm (UTC 8)
tersentuh hati baca kisah dia , peristiwa yang dia alami .. Ya Allah Sungguh besar kuasaMU ..
syaryha
February 27, 2012 at 2:17 pm (UTC 8)
masyaallah..
syaryha baru jer tulis pasal..demam love love
KiD
February 27, 2012 at 8:31 pm (UTC 8)
apabila hidayah dari Allah dah sampai.. =)
KiD baru jer tulis pasal..Kenapa Perempuan Ni Marah? Kena Tipu ke?
mitchelle
February 29, 2012 at 4:10 pm (UTC 8)
sebelah bapa jo yee buddhist, sebelah mother jo yee kristian. jo yee bercita cita jadi paderi, bukan bakal jadi paderi.
amirnawawi
February 29, 2012 at 4:27 pm (UTC 8)
Wokeh.. Thanks Mitchelle.. Nanti Amir betulkan benda tuh.. NI pun Amir ambik dari fb sebenarnya.. Fakta mana lagi yg perlu dibetulkan ek?
mitchelle
February 29, 2012 at 4:34 pm (UTC 8)
yang lain semua okay.
that is as far as she told me lah. tapi takpe. benda standard. heheh
titan
March 3, 2012 at 8:23 am (UTC 8)
patutlah ramai dok gebang pasal benda ni..baru aku tau sebabnya..
titan baru jer tulis pasal..Cara mudah untuk lepas Innity
Reezal
March 8, 2012 at 1:43 am (UTC 8)
comel ler loo jo yee ni..ku telah jatuh chintaaa..hehehe
amirnawawi
March 8, 2012 at 1:47 am (UTC 8)
Amboi bro.. haha3.. Jangan jatuh chenta la lagi. Kan kena marah kat roang rumah plak..
Reezal
March 8, 2012 at 4:31 pm (UTC 8)
Haha2..Bro amir, both of them are cuties lah (ms. mitch & ms. loo)…i’m in lurve…*smile*! Bertuah ler sapa yg dpt suri hidup cam diorg ni..dosa x byk sbb start dari 0..:)…kita ni ntah2 berton2 treler pon x cukup nak usung..:(
Sebuah Kembara
March 14, 2012 at 9:14 pm (UTC 8)
I like your original post..sabar la, jenayah siber tu dah common dlm komuniti.but, keep it up bro!
NUh
April 3, 2012 at 8:33 am (UTC 8)
selalu je jumpa dye kat UIA PJ ney..dye selalu ngan penjaga dye..