Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat semua para pembaca blog sekalian. Apa khabar kalian pada hari ini? Semoga sihat sejahtera semua hendaknya. Hari ini saya akan berkongsi kepada anda semua mengenai bank pilihan ramai iaitu Maybank.
Semua harap maklum bahawa sekarang merupakan zaman teknologi maklumat. Segala urusan kalau boleh mahu dibuat melalui dalam talian sahaja, bersamaan dengan itu Maybank telah lama membuka arus dengan mecipta aplikasi dalam talian iaitu Maybank2u.com.my. Terdapat pelbagai urusan yang mampu dilakukan pelanggan tanpa perlu bersusah payah ke bank.
Kelebihan perbankan melalui Maybank2u ini ialah menjimatkan masa kita daripada terpaksa memandu pergi ke bank. Dengan Maybank2u, pelbagai urusan dapat dilakukan antranya bayaran bil utiliti anda, perpindahan wang ke akaun Maybank atau akaun bank serantau yang lain, tambah nilai kad Touch n Go dan macam-macam lagi.
(Muka depan maybank2u versi web)
( Muka depan maybank2u versi mobile)
Bagi saya sendiri selalu sangat menggunakan kemudahan yang ada di web maybank2u ini. Memang memudahkan segala urusan saya. Antaranya ialah
[notice]
1) Menambah nilai prabayar telefon bimbit ( Prepaid Mobile Reload)
Jiwa remaja tidak lekang dari telefon bimbit di tangan masing-masing. Namun kehabisan kredit memang tidak dapat dijangka. Kalau habis waktu malam memang susah la nak mencari kedai telekomunikasi yang masih buka. Oleh itu dengan adanya maybank2u ini segala urusan menambah nilai prabayar menjadi lebih mudah. Saya selalu juga kehabisan kredit pada saat-saat genting yang susah untuk mencari kedai yang menjual tambah nilai. Solusi terbaik, buka laman web maybank2u dan tambah nilai di situ. Tidak sampai 2 minit, kredit anda telah berjaya ditambah!
[notice]
2) Membeli belah dalam talian. (Online Shopping)
Shopping Time! Saya antara remaja yang gemar membuat pembelian dalam talian. Memang mudah. Dengan adanya internet, klik dan barangan akan sampai ke muka pintu rumah anda. Namun apa yang merumitkan ketika membuat urusan pembelian dalam talian ini adalah terpaksa bank-in wang di Cash Deposit Machine. Dengan kata lain, kena keluar rumah dan pergi ke bank. Namun dengan adanya maybank2u ini, saya sekadar perlu pindahkan wang dari akaun saya ke akaun penerima dan urusan jual beli selesai. Tidak perlu keluar rumah dan kekal di hadapan komputer memilih barangan idaman kalbu. Untuk pengetahuan semua juga, Maybank ada bekerjasama dengan beberapa syarikat jualan di internet ini antaranya Groupon. Ada pelbagai jenis barangan dan servis yang diiklankan disini. Dan yang lebih menarik, ada diskaun tambahan 10% untuk pengguna maybank2u. Saya juga sentiasa menggunakan peluang ni untuk shopping di laman web Groupon. Lebih penjimatan dengan Maybank. 🙂
[/notice]
[notice]
3) Membayar Bil Utiliti
Menjadi anak lelaki memang banyak tanggungjawab yang terpaksa dilaksanakan. Namun itu bukanlah menjadi beban. Apabila berada di rumah, saya sentiasa di suruh oleh ibu saya untuk keluar membayar bil utiliti seperti bil telefon rumah, Astro dan jugak bil elektrik. adalah satu kesalahan yang besar bila tidak menuruti suruhan ibu. dalam keadaan malas dan perlahan-lahan, saya masuk ke dalam bilik dan membuat bayaran melaui maybank2u. Senang dan cepat. Tidak perlu beresak-esak di panas terik mentari untuk membuat kerja yang ada alternatifnya ini. Dengan nada bersahaja, saya beritahu ibu, ‘ Ibu, semuanya dah selesai, 5 minit sahaja dan jimat minyak kereta saya”. 🙂
[/notice]
[notice]
4) GIRO Interbank Transfer
Tak semua kita ada wang setiap masa. Tambahan kami pelajar universiti yang hanya bergantung pada pinjaman PTPTN dan juga belas ehsan kasih dari ibu bapa tercinta. Pabila bekalan wang kami telah tinggal sedikit maka dengan serta merta mencari ikhtiar untuk mendapatkan talian hayat kami. Namun kalau dulu urusan sedikit lambat kerana keluarga saya terpaksa keluar pergi ke bank semata-mata untuk bank-in duit kepada saya. Namun kini tidak lagi, kakak saya boleh membuat traksaksi perpindahan wang ke akaun saya melalui maybank2u sahaja. Terima kasih maybank2u kerana memudahkan urusan kami pelajar-pelajar universiti ini.
(Pastikan aplikasi Maybank2u sentiasa ada dalam telefon pintar anda)
[/notice]
Mungkin itu sahaja dahulu kegunaan maybank2u kepada saya. Mungkin selepas habis belajar nanti, banyak aplikasi lain yang terdapat pada web ini yang boleh saya terokai lagi seperti pembayaran PTPTN, wasiat, auto debit utiliti dan sebagainya.
Apapun terima kasih buat maybank2u kerana membangunkan web maybank2u kerana memudahkan urusan kewangan saya. Seiring dengan peredaran zaman, Maybank berubah mengikut kehendak pelanggan. Semoga Maybank menjadi bank terbaik di dunia suatu hari nanti. Produk Malaysia, jenama dunia.