Site icon AMIRNAWAWI

Mengejar Joy Truck Cadbury

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua pembaca yang budiman. Hari ini saya ingin menceritakan pengalaman saya mengejar Joy Truck Cadbury di Kuantan.

Kenapa saya kata mengejar? Ini kerana saya terpaksa berkejaran setelah habis waktu bekerja dan terpaksa memecut dalam kesesakan lalu lintas untuk ke Kuantan dari Gambang. Memakan masa selama sejam dan mundar-mandir untuk mencari Joy Truck Cadbury ini.

Saya amat bersungguh-sungguh mencari Joy Truck ini kerana saya sememangnya peminat setia Cadbury! Menjelang raya saya sememangnya akan memborong Cadbury untuk dijadikan snek saya. Ternyata kehadiran Joy Truck Cadbury ini sememangnya dinantikan oleh saya.

Setelah pening dan sakit kepala mengharum kesesakan lalu lintas bandar Kuantan, akhirnya ketemu jua dengan Joy Truck Cadbury ini. Yehaaaa! Seronoknyaaaa..

Bertemu di hadapan Berjaya Megamall Kuantan

Apepun terpaksa berkejaran pulang ke Gambang semula kerana akan bertolak ke Kota Kinabalu SABAH pada malamnya. Namun kerana Cadburry dan Churp-churp, ku rela tempuhi jua segalanya..

 

Untuk mengetahui lokasi Joy Truck Cadbury seterusnya silalah tekan sini…

Untuk melihat gambar di instagram saya, tekan sini

AM: Bertolak ke Kota Kinabalu untuk program anak angkat bersama UMP dan UMS dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negeri Sabah.

Exit mobile version