New Taipei City, Tarikan Pelancongan Baharu di Taiwan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca yang saya kasihi semua, Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai New Taipei City iaitu salah satu bandar yang terdapat di Taiwan.

Untuk makluman semua, New Taipei City merupakan salah satu kawasan yang terdapat di Taiwan. Ianya berada disekeliling Taipei iaitu antara ibukota besar Taiwan. Kepelbagaian yang terdapat di New Taipei City ini bakal memberikan satu pengalaman yang berbeza kepada semua yang berkunjung ke sini.

Malaysia, merupakan antara penyumbang terbesar kepada kedatangan pelancong ke Taipei ini. Oleh yang demikian, pihak New Taipei City secara rasminya telah mengumumkan pelancaran “New Taipei City, New Adventure!” dan dipromosikan melalui akhbar sewaktu persidangan yang diadakan di JW Marriott, Kuala Lumpur.

Selain itu juga, dari 20 hingga 22 September yang lalu, Jabatan Pelancongan dan Kebudayaan telah menganjurkan The New Taipei City Travel Fair yang bertempat di Nu Sentral Shopping Mall, yang turut menampilkan Shou Shin Bou, Hiwalk, Bike Rail Shen’ao, dan Jiufen CHIPAO sebagai memperkenalkan tarikan terbaru yang paling popular di tempat-tempat pelancongan di sepanjang Mountain-Ocean Line New Taipei City.

Menurut statistik daripada Biro Pelancongan, Kementerian Pengangkutan dan Komunikasi Republik China (Taiwan) (MOTC), bilangan pelawat dari Malaysia yang melancong ke Taiwan melebihi 520,000 pada tahun 2018, berada di kedudukan nombor satu di kalangan negara-negara ASEAN dan sebanyak 70% daripada mereka adalah pelancong yang sama.

Pesuruhjaya Chang Chi-Chiang daripada Jabatan Pelancongan dan Kebudayaan New Taipei City menegaskan bahawa New Taipei City sentiasa menjadi bandar yang wajib dikunjungi oleh pelancong Malaysia yang akan datang ke Taiwan manakala Jiufen, Tamsui, Shifen dan Yeliu pula adalah destinasi paling popular di kalangan rakyat Malaysia.

Kerajaan New Taipei City telah menubuhkan jenama pelancongan “Route 2 Taiwan” pada tahun ini dan menyusun jadual perjalanan yang menampilkan 8 rahsia tarikan utama bagi memberikan pelancong Malaysia satu landskap yang berbeza tentang New Taipei City. Antara 8 permata tersembunyi di New Taipei City adalah Tamsui-Kavalan Trails, Basikal Shen’ao Rail, Kampung Memancing Shen’ao dan Laomei Green Reef.

Sejak tahun 2009, New Taipei City dan EVA Air telah membentuk bekerjasama bagi melancarkan banyak promosi pelancongan di luar negara termasuklah Malaysia. Menurut EVA Air Senior Vice President, Bahagian Pengurusan Penumpang EVA Air kini mengendalikan 7 penerbangan dalam seminggu antara Taipei dan Kuala Lumpur. Sebagai tindak balas kepada promosi ini, EVA Air melancarkan dua diskaun untuk produknya iaitu : Pakej Individu 4H3M bermula dari RM1,329 sebelum cukai dan Pakej Berkumpulan 7H6M pada harga bermula dari RM 2,599. 

EVA Air juga telah merangkul anugerah Syarikat Penerbangan bertaraf 5 Bintang oleh SKYTRAX selama empat tahun berturut-turut. Selain daripada itu bagi memenuhi keperluan penumpang yang beragama Islam, EVA Air turut menawarkan servis makanan halal yang mendapat pengiktirafan dan sijil halal sepenuhnya daripada badan yang bertanggungjawab. Penumpang yang memerlukan makanan halal boleh menghubungi bahagian khidmat pelanggan sebelum penerbangan mereka.

Dari 20 hingga 22 September, kerajaan New Taipei City dan EVA Air telah menganjurkan pameran “New Taipei City New Adventure!” di Nu Sentral Shopping Mall Kuala Lumpur. Selain mempromosikan pengalaman Chipao, Bike Rail Shen’ao yang popular dengan menggunakan model skala penuh dan cenderahati yang lazat seperti kek nanas dan eggrolls, Pesuruhjaya Chang Chi-Chiang dan Senior Naib Presiden Charlie Pan juga turut membuat beberapa hidangan Bubble Milk Tea untuk dikongsi bersama pengunjung. 

Untuk maklumat lanjut sila lawati :

Perjalanan New Taipei City :
https://tour.ntpc.gov.tw/en-us/

New Taipei City Tour FB Fanpage :
http://www.facebook.com/ntctour

New Taipei City Tour IG :
https://instagram.com/newtaipeitour/?hl=zh-tw

Laman web EVA Air :
http://www.evaair.com/

EVA Air FB Fanpage :
https://www.facebook.com/evaairwayscorp.sg

EVA Air IG :
https://www.instagram.com/evaairways/?hl=zh-tw

Contact Person Incharge :

Jabatan Pelancongan & Kebudayaan, New Taipei City

Chen Ching-Fan
+ 886-2-29603456 ext. 4025
+ 886-2-972-180-900

Chou Yen-Yu
+ 886-2-29603456 ext. 4091
+ 886-2-937-998-987

EVA Air

Eric Lin
+ 886-2-25001059
+ 886-2-939-256-619

Lai Si-Fan
+ 886-2-2500-1060
+ 886-2-935-030-611

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge