Site icon AMIRNAWAWI

Nikmati Kesegaran Nira Nipah Dalam Taman di Wilayah MADA

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai tempat yang boleh anda nikmati air nira nipah yang segar di Wilayah MADA ini.

Bila cakap berkenaan hal MADA ini, pastinya tempat yang tersebut merangkumi negeri Kedah dan juga Perlis. Di dalam kawasan ini terdapat pelbagai jenis tarikan lain yang ada selain daripada penanaman padi yang sinonim. Namun antara tarikan lain adalah seperti perusahaan homestay, perusahaan tanaman dan ternakan dan pelbagai lagi.

Dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai tempat menarik untuk anda menikmati air nira. Apa yang saya maksudkan adalah air nira yang segar dari pokok berserta konsep dalam taman yang pasti menarik minat anda. Ini bukan air nira yang dijual tepi jalan itu ya.

1. Ladang Nipah Ismail Che Kar.

Konsep mereka cukup cantik dengan pelbagai pokok nipah menghiasi taman tempat mereka berniaga. Pokok nipah ini juga dijadikan hiasan dan tempat berteduh bagi pelanggan yang berkunjung ke sini. Apa yang menariknya, pokok nipah ni bukan sahaja dijadikan tempat berteduh, ia juga menghasilkan air nira sendiri.

Oleh yang demikian, air nira yang diminum di sini cukup segar kerana diambil terus dari pokok ini. Air nira ini juga digunakan untuk membuat jeli, manisan dan juga cuka. Jadi selain produk air nira, ia juga diproses untuk dijadikan produk tersebut.

Bihun berkuahkan Laksa Kedah
Laksa Kedah

Selain daripada produk berasaskan nira, menu lain juga tersedia di sini. Antaranya laksa Kedah, bihun laksa (istimewa negeri kedah, bihun bersama kuah laksa).

Suasana yang menenangkan

Saya memang cadangkan untuk anda menikmati sendiri menu-menu ini kerana rasanya yang cukup authentic dan sedap. Saya pun tambah lagi dan lagi

 

 

2. Ladang Nipah Kipli

Tempat kedua yang patut anda kunjungi untuk menikmati air nira yang segar adalah di Ladang Nipah Khipli ini. Tempatnya adalah berdekatan sempatan antara Kedah dan Perlis. Di sini juga terdapat menu-menu yang tersediri yang pasti menjentik deria rasa buat sesiapa yang mencubanya.

Antara menu yang disediakan disini adalah pulut bakar, serabai dan pelbagai lagi. Yang paling utama adalah produk berasaskan air nira lah. Selain itu juga, suasana yang tenang pasti memberikan anda lebih lagi pengalaman yang cukup bermakna.

Alamat: Ladang Nipah Khipli

No 282 Kampung Tanah Timbul Kuala Sanglang

02800 Sanglang Perlis

Waktu Operasi:

Hari Biasa: 1.30 petang – 7.30 malam

Jumaat: 2.30 petang -7.30 petang

Tutup: Hari Isnin

 

Baiklah, itu antara 2 tempat menarik untuk anda menikmati air nira yang segar di negeri Kedah dan Perlis ini. Atau lebih spesifik di wilayah MADA ini. Jadi tunggu apa lagi, pastikan tempat-tempat ini menjadi tempat kunjungi anda bila datang ke sini ya. Selain itu bolehlah juga ke tempat lain seperti di entri ini juga.

Entri ini diterbitkan bersempena dengan trip Road to Agro Tourism siri 4 anjuran Malaysia Tourism Council (MTC) bersama media dan blogger.

 

Exit mobile version