Site icon AMIRNAWAWI

Nikmati Masakan Asli India di Latest Recipe Le Meridien Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua para pembaca blog yang budiman sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai masakan asli India di Le Meridien Kuala Lumpur semperna promosi Taste of India.

Untuk makluman semua, masakan India ini dimasak oleh chef eksekutif yang dijemput khas dari India iaitu Chef Harpal Singh dari The Westin Pune Koregaon Park. Masakan ini merupakan resepi asli dari Chef Harpal. Jadi kesemua masakan yang dihidangkan semperna promosi Taste of India ini adalah dari air tangan beliau. Tanpa menggunakan santan, masakan beliau menggunakan ramuan susu dan yogurt sebagai pengganti.

Chef Harpal Singh

Menurut chef eksekutif Le Meridien KL, Chef Antoine Rodriguez, ” Kehadiran Chef Harpal Singh ini akan lebih menambahkan lagi pengalaman makan malam pengunjung dengan tawaran masakan asli dari India Utara.”.

Jom kita saksikan antara seleksi makanan yang disediakan oleh Chef Harpal Singh ini.

Seleksi salad

Aloo Channa Chaat, Dahi Bhalla, Tandoori Subz Ki Chaat, Chicken Tikka Salad

Starter

Amritsari Pudine Paneer Tikka, Makkai Methi Ke Tikki, Tandoori Chicken, Tawa Masala Macchi

Menu Utama

Butter Chicken, Methi Macchi Tamatar, Saag Gosht, Prawn Curry

Nasi

Sukhe Matter Ka Pulao, Chicken Briyani

Roti

Amritsari Kulcha, Tandoori Roti, Masala Naan, Lachha Paratha

Sup

Tamatar Dhaniya Shorba, Murgh Shorba

Pencuci Mulut

Shahi Tukra, Zaffrani Aur Gulkand Ki Phirni, Rice Khree, Pineapple Halwa

Lain-lain

 

Promosi Taste of India ini bermula dari 7 November sehingga 13 November 2016. Ianya disediakan di Latest Recipe tingkat 5 Le Meridien KL untuk hidangan makan malam dari pukul 6.30 petang sehingga 10.30 malam. Harga bufet ini bermula dari RM138 net untuk seorang pada hari biasa dan RM150 net untuk hujung minggu. Bagi kanak-kanak pula, diskaun 50% diberikan.

Latest Recipe merupakan restoren yang direka dengan siling tinggi dengan kesan warna yang dramatis untuk mewujudkan suasana yang menyenangkan sambil menikmati makanan anda. Berlatar belakangkan bandaraya Kuala Lumpur pastinya akan lebih mengamit suasana. Tidak hanya menyediakan masakan asli India ini, ianya juga menyediakan masakan Jepun, Melayu, Barat dan juga Cina untuk para pengunjung mereka.

Untuk tempahan, lawati dining.lemeridienkualalumpur.com ataupun email kepada dining.lmkl@lemeridien.com atau hubungi Dining Reservation di talian +60322637434.

Exit mobile version