#P1NostalgicNation : Mengimbau Nostalgia Kanak-Kanak

p1connect

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua para pembaca blog yang budiman. Tak kiralah tua atau muda, lelaki atau perempuan. Melayu, Cina, India atau rakyat Malaysia mahupun dunia. Terima kasih kerana membaca blog amirnawawi.com ini. Baiklah pada kali ini saya ingin mengajak anda semua bersama saya menyelusuri kenangan-kenangan lama kita semua semasa zaman kanak-kanak dulu.

Setiap manusia pernah melalui zaman kanak-kanak. Namun bagaimana kita melaluinya itu yang menjadikan kita berbeza. Kita sendiri sedia maklum bahawa kanak-kanak zaman sekarang amatlah berbeza dengan kita dahulu. Dahulunya ada teng-teng, batu seremban, jongkang jongkit, polis and thief dan pelbagai lagi permainan yang nostalgia yang mungkin jarang dijumpai pada zaman sekarang.

Jika zaman dahulu bermain satu kampung, namun sekarang bermain hanya dalam bilik keseorangan. Kebejatan sosial yang berlaku sukar dibendung lagi zaman kini. Semoga kewujudan teknologi tidak menengelamkan kita dalam arus ketinggian adab kemanusiaan insan seperti tenggelamnya Titanic dipukul iceberg

Beberapa minggu lepas, pihak P1 Connect telah memberikan tugasan kepada kami untuk membantu kami mengembalikan memori indah zaman  kanak-kanak kami. Mungkin zaman kami tidak sama dengan anda namun ketahuilah tanpa ps1, ps2 dan apa jua gadget. kami mampu tersenyum dan bergembira dahulu seadanya.

Terdapat 3 tugasan yang perlu disempurnakan,

#MakeABoat

Membuat bot adalah pekara biasa bagi kanak-kanak. Hanya berbekalkan sekeping kertas, bot sudah mampu berdiri teguh. Pelbagai jenis bot yang tercipta. Namun yang paling penting adalah keseronokan ketika bermain itu yang diambil kira.

Paling saya ingati adalah ketika musim tengkujuh. Kami di negeri pantai timur sememangnya akan mengalami musim tengkujuh tatkala hujung tahun menjelma. Namun persekolahan tetap berjalan .Hujan bukan penghalang hiburan kami. Diambilnya bot dan didekorasinya mengikut citarasa masing-masing dan bertanding bot siapa paling cepat sampai ke destinasi.

Longkang dan parit di sekolah menjadi litar utama bagi kami. Air hujan yang memenuhi longkang ibarat menjadi bendalir buat bot ciptaan kami. Imaginasi dari kecil seakan mendorong kami untuk lebih kreatif dan inovatif dan masa hadapan. Namun kreatif dan inovatif itu lenyap tatkala terdengar satu suara keramat yang memanggil;

‘Amir balik! Jangan main hujan. Nanti demam. Sudah-sudahlah dengan bot kamu “

Oh! Lamunan ku terhenti oleh panggilan ibuku rupanya. sayang ibu dibawa ke syurga..hehe

Ayuh beralih kepada ciptaan bot kertas saya pada masa kini. Sebenarnya saya sudah lupa bagaimana cara untuk membuatnya. berbekalkan pensyarah terkenal serta sifu buat semua penduduk bumi iaitu Profesor Dr Google.com, akhirnya saya berjaya mempelajarinya. Terima kasih Prof Google atas bantuan.haha.

Akhirnya lipatan demi lipatan, bot kertas telah berjaya dicipta. Namun masalah besar timbul! iaitu KAT MANA NAK CARI KOLAM!

Untuk makluman, di universiti aku ini tidak mepunyai kolam. Nak ada kolam renang tu pun memang dalam mimpi sahaja. Cari punya cari, fikir punya fikir akhirnya ketemu jua kolam! Namun kolam ini bukanlah kolam renang tetapi hanya air terjun tanda nama universiti. Oh! Tempat dimana para senat serta ahli majlis tertinggi universiti bergambar.

kolam

Oh! Mereka bergambar sahaja. Aku siap mengambil video lagi. Kusangkakan panas sampai ke petang, rupanya tsunami di tengahari. Kau jangan ingat mudah-mudah untukku guna kolam itu. MakCik Keselamatan a.k.a MakCik Guard datang tegur. Bodek punya bodek akhirnya dapat la gunakan. Kat sini skill persuasive itu penting. Nampak? Buat bot pun pelbagai kerenah birokrasi nak kena hadap. Yang paling penting dapat belajar sesuatu dari aktiviti ini. Belajar memujuk MakCik Guard! hahaha

#FoldAPlane

Sejujurnya cita-cita aku dulu nak jadi pramugara. Namun disebabkan rupa dan tinggi aku yang tak berapa nak ada, aku beralih pula kepada juruterbang. Teringin nak terbang di awan biru meneroka langit yang terbuka luas. Anak yang berasal dari kampung yang memasang angan-angan untuk menjadi seorang pilot. Zaman dahulu kapal terbang tidak sebanyak sekarang. Zaman itu AirAsia belum muncul. Kalau orang yang naik kapal terbang tu orang yang kaya-raya la pada waktu itu.

Disebabkan kewujudan kapal terbang yang kurang pada waktu itu, keinginan anak kampung ini untuk melihat kapal terbang amatlah membuak-buak. Bila bunyi sahaja kapal terbang di langit, pasti saya akan keluar dari rumah dan mendongak ke udara. Walaupun nampak kapal terbang sebesar ibu jari sahaja, namun ianya sudah cukup menguntumkan senyuman di bibir saya ketika itu. Jadi, ketika itu membuat kapal terbang kertas adalah pekara biasa dalam hidup anak kampung ini.

Kapal terbang kertas yang dibuat perlbagai saiz. Tak kiralah dari kertas peperiksaan ataupun dari kertas suratkhabar lama. Namun tahukah anda yang kapal terbang kertas yang besar tidak bermakna tempoh masa penerbangan dia lagi lama dari yang kecil. Tak percaya? Cubalah sendiri! It’s all about sciences.. Inertia, momentum, mass, Benourlli principle and so on. Dan saya belajar itu sekarang dalam Engineering! tak dapat jadi pilot pun dapat juga belajar engineering berkenaan kapal terbang sekarang. A few percent of my dream comes true. 🙂

Berbalik kepada kisah pembuatan kapal terbang kertas pada kali ini cukup mencabar. Ini kerana saya membuatnya semasa musim cuti mid semester saya yang lepas. Jadi kononnya la untuk mendapatkan shoot yang cantik saya bertandang ke padang permainan dekat rumah saya. Dengan melenggang kangkung dan membawa tripod, tertiba ada sesuatu mengejar saya. ANJING!

Lari, lari lari! Biasanya anjing liar dalam kawasan itu semuanya jinak. Saya biasa sahaja beri mereka makan. Namun pada hari tersebut rupanya anjing jiran sebelah dia lepaskan berkeliaran. Anjing yang diperlihara untuk jaga rumah memang la dia akan kejar orang yang tak kenal mendekati dia. Oh! Semput aku

Akhirnya shooting (kononnya) bersambung di rumah sendiri. Depan rumah sahaja! Selamat dari gangguan anjing tadi.

Pelik juga kenapa kapal terbang kertas aku buat asyik jatuh jer. Nak kata tak betul, Prof Google dah beri tunjuk ajar tadi. Takkan salah teknik lagi. Rupanya hari berangin juga menjadi faktor kegagalan untuk menerbangkan kapal terbang kertas itu. Tak apalah, ada hari kita boleh terbang tinggi, ada hari kita jatuh kebawah. Itulah juga lumrah kehidupan. Eh? Dapat belajar tentang kehidupan lagi, padahal buat kapal terbang kertas je pun.

#MakeAFall

OK untuk tugasan make a fall ini saya tak boleh nak bercerita panjang. Nak cakap pernah terjun dengan payung terjun kan nampak benar membohongnya. Nak terjun payung terjun tu bukannya murah. Beribu katakau! Tak temampu dek akalku. Daripada merapu meraban baiklah terus sahaja berbicara mengenai pengalaman buat payung terjun ini.

Eh lupa pula nak ceritakan tentang pengalaman buat payung terjun dahulu masa zaman belajar kat sekolah menengah. Dahulunya saya seorang pelajar sekolah Sains. jadi memang kena la sentiasa buat eksperiment dan aktiviti sebegini. Masih ingat lagi dahulu ada student dari universiti datang buat program dekat sekolah kami. Dan salah satu slot yang mereka lakukan adalah lempar telur dari tingkat 4 dan pastikan telur itu tidak pecah. diberikan surat khabar, tali, plastik, gunting dan telur sahaja.

Maka bermulalah otak sekalian memerah berfikir. Budak sekolah menengah. Mana la tahu lagi pasal benda sebegini. Free fall bagai tu semua. Akhirnya diberikan juga hint untuk membuat payung terjung. Bukan senang nak buat payung terjung ni. Plastik sampah kena potong betul-betul bulat. Kalau tak bulat diameter tak sama. Bila tak sama maka tak seimbang la dia jatuh. Tu belum tali lagi. Tali kalau tak sama ukuran memang terhuyung hayang la payung terjun itu menjunam.

Namun kami taklah bodoh, kami pergi ke ke dewan makan (kantin) minta makcik kantin rebus telur ayam tadi. Kononnya kalau rebus telur itu tak mudah pecah. Dibalutnya dengan surat khabar yang diberi sehingga sukar untuk telur tadi menjejak tanah. Ditambah pula dengan payung terjun kami yang ohsem tadi maka telur ayam yang jatuh itu tidak pecah. Telur ayam tak pecah itu dah jadi satu kegembiraan buat kami. Oh!

Berbalik kepada situasi sekarang untuk saya membuat video #MakeAFall, terfikir juga untuk saya gunakan apa. Diambil goodies bag terjunnya  langsung ditiup angin, ambil plastik bag tak nampak kreatif la pulak. Jadi teringat kisah lama bilamana saya membuat payung terjung itu. Namun persoalannya, kat mana saya nak cari plastik sampah untuk membuat payung terjun ini? Otak pun ligat berfungsi.

Oh! Makcik cleaner

Dia kan banyak plastik sampah sebegini. Pepagi lagi bila makcik itu datang depan bilik saya, saya tanya dan bermuka manis meminta dengannya sebiji/sebuah/sehelai pastik sampah. Yeah.. Akhirnya dapat jua. Ku sangkakan mudah. Rupanya sukar untuk mrmbuat parachute ini. Kesabaran dan ketelitian diperlukan. Nak ikat tali tu bukannya senang. Memang berair mata juga nak menyiapkan. Tu belum tali tu bersimpul lagi. Kalau bersimpul memang menangis kat situ la jawabnya.

Nak pastikan plastik tu betul betul bulat, ambil la baldi buat jadi acuan untuk plastik sampah itu tadi. nampak tak betapa gigihnya aku nak buat paracute itu. Walaupun hakitkatnya beberapa saat sahaja ia mampu berada di uara. Geram aku! Rasa macam tak berbaloi pulak bertungkus lumus berjam-jam. Namun itulah pengajaran hidup. Tak semua yang kita buat berjaya. Yang pnting kita terus belajar.

Jadi post mortem akhirnya aku lakukan. Kenapakah payung terjun aku ini tidak bertahan lama di udara. Jawapan yang diperolehi adalah kerana ianya terlalu kecil untuk berkembang diudara. Tali yang diikat hanya enam juga menjadi salah satu faktornya. Terlampau sedikit. Payung terjun itu nak terbuka pun sukar bila talinya hanya enam. Kena perbanyakkan lagi. Persoalannya, yang enam tali ini pun sudah pening aku dengan terbelitnya, kalau banyak memang haru-biru la jawabnya.

Namun pengalaman ketiga-tiga tugasan ini menjadikan aku lebih peka, kreatif dan ligat berfikir dalam penyelesaian masalah .Namun tugasan belum selesai . Ada tugaan akhir iaitu penulisan entri merangkumi ketiga-tiga tugasan ini. Entri apa? Entri yang anda baca ni la!

Ada peristiwa yang berlaku pula ketika nak menyiapkan entri ini. Laptop aku overheating! Bila buka je hidup tetapi screen gelap sahaja. Adakah ini petanda aku akan mendapat laptop baharu? MacBook mungkin.. 🙂

Ini terpaksa pula aku meminjam laptop rakan sebilik aku untuk siapkan entri ini. Walaupun  laptop rosak, tidak bermakna tugasan terakhir akan aku abaikan. This is the last stage. Takkan la aku nak quit at the end. Banyak betul dugaan nak siapkan tugasan dari pihak P1 ini. Apapun semoga berjaya untuk saya dan semua.

Pabila dan siapkan ketiga-tiga tugasan ini teringat pula akan kisah lama. Permainan lama yang mungkin sudah dilupakan oleh kanak-kanak millineum sekarang. antaranya

1. Batu Seremban

2. Tutup botol

3. Choh. (Tak pasti la bahasa Malaysia standard untuk permainan ini, ini dialek Kelantan)

4. Teng-teng (Orang kelantan panggil Dekcok)

5. Nenek kebayan (aku pernah lari sembunyi dalam rumah. sampai kesudah kawan aku tak jumpa)

6. Hide and seek (Orang Kelantan panggil Main Nussuk)

7. Police and Thief

8. Lawan pemadam

Dan banyak lagi permainan yang menarik. Aku teringin nak main ‘dekcok ambat“. Permainan yang memerlukan kita mengejar lawan kita dengan kaki sebelah. Boleh anda bayangkan tak bagaiamana berlari lari dengan sebelah kaki? Nak jalan pun dah susah, inikan pula berlari. Apapun itulah antara permainan dulu-dulu yang kekal dalam ingatan.

Anda pula bagaimana? Adakah anda semua masih ingat nostalgia lama anda dulu-dulu. Ayuh kongsikan bersama saya 🙂

 

 

 

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

4 thoughts on “#P1NostalgicNation : Mengimbau Nostalgia Kanak-Kanak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge