April 26, 2024
Lain-Lain

Pakej Perkahwinan Bersama Ani Catering & Wedding Planner

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai pakej perkahwinan yang ditawarkan oleh pihak Ani Catering & Wedding Planner.

Musim hujung tahun telah tiba, dan waktu inilah yang ramai orang membuat majlis perkahwinan dan kenduri kendara yang lain. Namun disebalik majlis itu, terdapat pekara yang perlu dititik beratkan iaitu penyediaan makanan kepada para tetamu. Jadi, pastinya katering yang terbaik perlu dipilih untuk memastikan majlis yang dianjurkan berjalan dengan lancar.

Sebenarnya pada entri kali ini saya ingin kongsikan majlis yang telah saya hadiri tempoh hari. Disamping itu juga saya telah mencuba rasa pelbagai jenis makanan yang mereka sajikan. Wah! Semua sedap-sedap. Majlis yang saya maksudkan adalah Hari Terbuka Ani Catering & Wedding Planner. Ianya cukup meriah diadakan di Dewan Singgahsana Pengantin Seksyen 28 Shah Alam.

Dahulunya Dewan Singgahsana Pengantin ini adalah sebuah pasar lama, namun sekarang cukup gah dengan pelbagai ubahsuai menarik yang diuruskan sendiri oleh pihak Ani Catering & Wedding Planner. Masuk sahaja saya memang terpegung dengan dekorasi dalamnya yang serba indah. Jadi kalau anda ambil pakej perkahwinan dengan pihak mereka, bolehlah terus buat majlis tersebut di sini.

Ani Catering & Wedding Planner sudah terkenal dalam menjadi katerer untuk pelbagai majlis. Jadi tiada keraguan buat anda yang ignin mendapatkan khidmat mereka. Berbekalkan slogan, ‘Kepuasan Anda, Keutamaan Kami’, pastinya servis yang diberikan memang terbaik buat anda. Jika tidak, manakan pelanggan mereka kembali lagi dan lagi bukan?

Antara pelamin yang disediakan pihak Ani Catering & Wedding Planner

Selain itu juga, pakej yang disediakan oleh pihak Ani Catering & Wedding Planner ini menyeluruh. Darilah makanan, pelamin, jurugambar, jurusolek, khemah dan pelbagai lagilah. Anda sebut sahaja, pastinya terdapat pelbagai acara menarik yang boleh dimasukkan pada hari berbahagia anda.

Makanan

Berbicara tentang katerer memang tak sah kalau tak cakap berkenaan masakan mereka kan? Jadi, saya sendiri telah mencuba segala jenis masakan mereka. Memang sedap sangat. Masakan melayu yang betul-betul asli dan menyelerakan. Pasti tetamu yang hadir tidak banyak complaint lah!

Daging salai masak lemak
Pajeri epal. Pertama kali saya makan.
Kuih tradisional pun ada
Soto pun sedap
Vendor

Selain itu juga, seperti mana yang saya maklumkan di atas, terdapat juga vendor-vendor yang berada dalam senarai pihak Ani Catering & Wedding Planner untuk anda gunakan servis mereka. Dari kek, photobooth, goodies dan pelbagai lagi. Memang semuanya menarik bagi saya. Cuma tunggu anda pilih sahaja.

Berikut antara vendor yang berada dalam senarai pihak Ani Catering & Wedding Planner.

Kambing golek pun ada
Apam balik?
Kek yang menarik ini pun boleh ditempah juga.
Gula ling, alusmitai ataupun gula kapas pun ada.
Nak photobooth pun boleh
Pakej

Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengenai pakej yang disediakan di sini, jadi berikut adalah pakej perkahwinan yang terdapat di Ani Catering & Wedding Planner ini. Ianya ditawarkan bermula serendah RM15.90 per pax bagi minimum order 1000 orang. Pakej perkahwinan seperti :-

  • Pakej Budget | RM15,900.00
  • Pakej Jimat | RM18,500.00
  • Pakej Lengkap | RM25,000.00
  • Pakej Gemilang | RM29,500.00

Jadi anda pilih sahaja pakej yang bersesuaian dengan bajet anda. Saya pasti pihak mereka akan melakukan yang terbaik bagi memenuhi keperluan anda.

Selain itu juga, pihak Ani Catering & Wedding Planner ini juga mempunyai butik pengantin. Pelbagai koleksi baju pengantin dengan segala design yang terbaru terdapat di sini. Bagi bakal pengantin yang ingin mencuba baju pengantin yang mereka sediakan bolehlah berbuat demikian di Anieqa Bridal Boutique.

Jadi buat anda yang teringin mencari wedding planner dan juga katerer untuk majlis anda bolehlah memilih pihak Ani Catering & Wedding Planner sebagai pilihan anda. Saya yakin dengan pengalaman dan juga kepakaran mereka pastinya akan membuatkan anda puas hati dengan servis yang mereka sediakan.

Untuk maklumat lanjut boleh layari :-
ANI CATERING & WEDDING PLANNER
No 15/1 Jalan Reko Sentral 2
Reko Sentral, Bandar Baru Bangi
43000 Kajang
Selangor
Telefon :
019-275 2564
017-320 3060
03-8741 2564

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *