Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua beberapa Menu Pencuci Mulut Menarik Ramadan 2020.
Ramadan bakal menjelma tidak lama lagi. Inilah masa untuk kita semua menjalani ibadah puasa dan menikmati pelbagai juadah yang enak. Namun, bukan mudah untuk kekal sihat apabila kandungan gula dan lemak yang tinggi dihidang dalam makanan yang dijual. Orang ramai yang bersesak-sesak pada waktu puncak pula membuatkan urusan membeli juadah Ramadan satu perkara yang melecehkan.
Jadi, apa yang anda boleh buat untuk memenuhi keinginan menikmati kuih-muih semasa Ramadan yang biasa dibuat oleh nenek? Kita buat sendiri!
Kami telah mengumpulkan satu senarai kuih dan pencuci mulut yang mesti dicuba di rumah. Ia terdiri daripada yang paling mudah dan cepat, malah boleh dibuat oleh mereka yang jarang memasak di rumah, hinggalah hidangan yang memerlukan sedikit kemahiran, usaha dan masa.
Bagi memastikan kuih dan pencuci mulut ini mesra pengguna, kami tidak memasukkan hidangan yang memerlukan peralatan khas yang tiada di dapur kecil anda.
Semua hidangan ini mengandungi santan yang terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia dengan rasa lemak berkrim yang enak. Kami mengujinya dengan menggunakan Santan Ayam Brand yang hadir dalam tiga variasi iaitu Santan, Santan Trim (45% kurang lemak) dan Santan Super Light (75% kurang lemak berbanding Santan Ayam Brand) bersama resepi yang diambil daripada http://www.ayambrand.com.my/raya2020 .
Untuk memastikan kandungan lemak lebih rendah, tiada satu pun hidangan ini yang digoreng. Kebanyakan resepi ini mempunyai rasa manis yang sederhana. Tetapi jika anda sedang dalam diet kurang gula, kurangkan sahaja rasa manisnya.
Jom kita saksikan beberapa menu pencuci mulut menarik Ramadan untuk tahun 2020 ini.
Menu Pencuci Mulut Menarik Ramadan
1. Bubur Jagung
Pencuci mulut yang paling senang pernah kami cuba. Cuma masukkan ramuan mengikut turutan, kacau dengan kepanasan sederhana sehinggalah bubur siap. Kemudian, letakkan ke dalam mangkuk. Taburkan dengan jagung manis. Enak dinikmati ketika panas dan menyegarkan apabila dimakan sejuk. Jika anda boleh kacau periuk tanpa sebarang insiden, anda boleh buat bubur ini!
Tempoh memasak: 20 minit Hidangan untuk: 4 Tahap kemahiran: 1/10
2. Bubur Kacang
Menu ini sedikit manis, kaya dengan serat dan protein ini cukup enak sebagai juadah berbuka puasa. Bubur kacang boleh dinikmati begitu sahaja jika anda tidak ada masa untuk menyediakan juadah yang banyak. Hidangan ini terdiri daripada kacang, sagu, jagung, santan dan pandan untuk rasa yang enak. Rendam kacang semalaman untuk menjimatkan masa memasak. Masukkan semua ramuan itu ke dalam satu periuk besar dalam turutan yang betul, kacau, reneh dan ia sedia untuk dimakan!
Tempoh memasak: 20 minit Hidangan untuk: 4 Tahap kemahiran: 1/10
3. Puding Jagung
Juadah ketiga ialah puding jagung manis. Masukkan ramuan mengikut turutan ke dalam periuk besar, kacau, kacau dan kacau dengan api kecil. Masukkan ke dalam acuan atau bekas kaca yang rata, masukkan ke dalam peti ais sehingga sejuk. Potong kecil sekiranya perlu. Sebelum hidang, taburkan dengan keju parmesan untuk rasa masin dan berkrim.
Tempoh memasak: 30 minit Hidangan untuk: 12 Tahap kemahiran: 1/10
4. Kuih Talam
Kami letakkan kuih talam di tempat keempat kerana kuih dua lapis ini agak mencabar untuk dibuat, tetapi usaha itu berbaloi kerana rasanya sedap! Satukan ramuan untuk lapisan atas, letakkan di atas talam dan stim selama 10 minit.
Seterusnya, untuk lapisan bawah, bancuh ramuan kedua, tuang berhati-hati ke dalam talam yang sama sehingga hampir penuh dan stim sekali lagi selama 20 minit. Untuk rasa yang lebih ringan gunakan Santan Super Light. Biarkan sejuk. Potong kecil atau hidangkan dalam saiz berasingan. Hiaskan dengan jagung manis dan kelapa parut untuk jadikannya lebih menarik!
Tempoh memasak: 1 jam Hidangan untuk: 12 Tahap kemahiran: 3/10
5. Agar Agar Buah
Hidangan kelima adalah satu jenis hidangan yang dinantikan apabila anda menjemput ahli keluarga dan rakan untuk berbuka puasa! Bagaimanapun, ini merupakan satu lagi kuih dua lapis yang sedap daripada acuan berbeza. Maksudnya, lebih banyak masa dan pinggan mangkuk yang perlu dibasuh selepas itu. Hasilkan jeli laici yang jernih mengikut resepi, tuangkan ke dalam acuan, kemudian tambah pilihan buah-buahan segar. Biarkan selama 20 minit.
Sementara itu anda boleh sediakan lapisan jeli santan pandan yang berkrim. Tuangkannya di atas jeli buah, biarkan ia sejuk sedikit sebelum masukkan ke dalam peti ais. Keluarkan daripada acuan sebelum hidangkannya di atas pinggan. Cantik, sedap dan sihat dengan buah-buahan yang kaya dengan serat dan santan yang berkrim. Memang berbaloi!
Tempoh memasak: 2 Jam Hidangan untuk: 6 Tahap kemahiran: 3/10
6. Kuih Serimuka
Memerlukan lebih banyak kemahiran di hidangan keenam iaitu kuih yang terdiri daripada lapisan pulut dan kastard santan. Rendam pulut selama setengah jam sebelum masukkan ramuan lain termasuklah santan untuk lapisan pulut, kemudian stim selama 20 minit.
Sementara itu, siapkan lapisan kastard kelapa sebelum kukus di atas air yang mendidih sehingga ia sedikit pekat. Jangan masak di atas api untuk mengelak ia menjadi seperti telur dadar! Kacau campuran pulut, tekan supaya ia menjadi bentuk, kemudian tuang kastard di atasnya. Stim selama 30 minit lagi. Biarkan sejuk sebelum dipotong dan dihidangkan.
Tempoh memasak: 1 jam Hidangan untuk: 6 Tahap kemahiran: 5/10
7. Kuih Kaswi Labu
Kuih Kaswi Labu ialah kuih yang sihat untuk penggemar labu. Ia jarang dijumpai di bazar kerana ia sukar dibuat. Stimkan labu, lenyek dan sejukkan. Buat satu ‘pelekat’ menggunakan tepung ubi dan serbuk agar-agar kemudian tambah labu lenyek yang sudah sejuk, santan dan bahan lain.
Seterusnya, kacau sehingga ia membentuk tepung sadur yang licin. Tapis untuk asingkan ketulan sebelum tuang ke atas talam atau acuan sendiri. Kukus selama sejam, sejukkan dan potong empat segi jika perlu. Tabur kelapa parut. Sedap!
Tempoh memasak: 1 jam 40 minit Hidangan untuk: 15 Tahap kemahiran: 5/10
Penutup
Baiklah itu sahaja Menu Pencuci Mulut Menarik Ramadan yang saya dapat kongsikan untuk anda pada kali ini. Buat anda yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai resepi lengkap, bolehlah ke laman web Ayam Brand di pautan berikut.
Oh! Jangan lupa untuk rebut peluang memenangi hadiah menarik jika anda membuat kuih-muih ini. Kongsikan di Instagram atau Facebook anda dan tag @ayambrandmy di Instagram atau @ayambrandmalaysia di Facebook, selain gunakan hashtag #beRAYAmbrand.
Beritahu mereka kenapa hidangan ini merupakan hidangan kegemaran anda semasa Ramadan atau Raya. Peraduan bermula pada 5 April dan berakhir 14 Jun dengan 16 hadiah mingguan dan dua hadiah utama untuk dimenangi!
Selamat mencuba! Untuk menu masakan enak yang lain, jangan lupa juga untuk membaca lanjut di blog ini.