Pengalaman Menggunakan Bas Ekspres Musafir

Ekspres Musafir | Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai pengalaman saya menggunakan bas Ekspres Musafir.

Semua sedia maklum bahawasanya terdapat perkhidmatan bas ekspres yang baharu di Malaysia iaitu Ekspres Musafir. Ianya telah dilancarkan dengan jayanya oleh Menteri Pengangkutan Malaysia iaitu YB Anthony Loke Siew Fook pada awal tahun yang lepas.

Sebenarnya saya tidak pernah menggunakan perkhidmatan bas ini, namun untuk mengetahui pengalamannya, saya telah membeli tiket bas Express Musafir ini dari Kelantan ke KL.

Apa yang membezakan bas eskspres ini dengan yang lainnya adalah dari segi harga. Untuk tiket bas ke Kuala Lumpur ini adalah hanya RM34 manakala untuk tiket bas biasa adalah RM44 untuk trip yang sama.

Pengurangan RM10 ini besar nilainya bagi sesiapa yang berasal dari keluarga B40 seperti saya. Buat yang nak berjimat pun apa salahnya. RM10 itu besar bezanya kot. Boleh buat beli nasi lemak ayam 2 bungkus dah.

4 kerusi setiap baris

Namun, disebalik kurangnya harga dari perkhidmatan bas biasa, sebenarnya Ekspres Musafir ini mepunyai susunan kerusi 4 dalam satu baris. Tidak seperti bas lainnya yang hanya 3 kerusi satu baris. Keselesaan sedikit kurang berbanding dengan bas lain seumpamanya.

Namun saya tak kisah, yang penting sampai ke destinasi dengan selamat. Bas Express Musafir ini sebenarnya diuruskan oleh pihak Konsortium E-Mutiara Berhad, syarikat yang sama menguruskan Ekspress Mutiara.

Kalau Ekspres Mutiara memang saya selalu naik. Memang tiada masalah setakat ini. Jadi maksudnya syarikat yang menguruskan Ekspres Musafir ini boleh dipercayai (reliable).

Apapun, pengalaman saya menggunakan bas ini cukup baik walaupun harga yang ditawarkan kurang. Bagi anda yang inginkan penjimatan bolehlah menggunakan perkhidmatan bas Ekspres Musafir ini. JIka servis yang disediakan baik dan menuju ke destinasi yang sama, maka mengapa tidak untuk kita gunakan pilihan yang ada bukan?

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge