Pengalaman Menginap di The Pearl Hotel KL

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca yang saya kasih sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai pengalaman saya menginap di The Pearl Hotel KL.

Sebenarnya saya cukup teruja untuk menginap di sini kerana ianya adalah program bersama kawan-kawan blogger yang lain. Jadi sememangnya meriah la kalau dapat jumpa kawan ramai-ramai ni. Pasti banyak benda yang boleh digosipkan bersama.

Saya ditempatkan di dalam bilik di tingkat 13. Ianya merupakan bilik deluxe. Terdapat 2 katil bujang di dalam bilik ini bersama segala kelengkapan yang ada.

Apa yang lebih menariknya, bilik ini mengandungi pelbagai kemudahan yang dapat anda gunakan. namun apa yang paling utama, biliknya cukup luas dan selesa!

Jujur untuk saya katakan yang suasana dalam biliknya cukup selesa dengan ruang yang luas. Sesuai untuk orang Islam nak bersolat juga. Ruang yang mencukupi.

Selain itu juga, di hotel ini terdapat kemudahan lain seperti gymnasium, kolam renang, kedai serbaneka dan pelbagai lagi. Ini kerana hotel ini berhubung dengan pusat membeli belah dibawahnya. Jadi cukup lengkaplah.

Buffet Dinner di The Pearl Kuala Lumpur

Selain itu juga, tidak sah sesebuah hotel tanpa makanan yang enak bukan? Ianya merupakan satu kombinasi lengkap untuuk sesebuah hotel yang hebat untuk mempunyai makanan yang enak untuk disajikan kepada tetamu.

Saya telah berpeluang untuk menikmati sajian The Italian Buffet yang cukup enak di Excecutive Lounge di tingkat 23 hotel ini. Suasana yang cukup menarik dengan pemandangan sekitar ibu kota yang cukup memukau pada waktu malam.

Ayuh kita saksikan sedikit sebanyak makanan yang telah disajikan kepada para tetamu pada masa tersebut.

Untuk makluman semua, menu yang disajikan berubah setiap musim. Ianya disesuaikan dengan apa jua perayaan ataupun tema yang telah ditetapkan. Sekarang tema makanan yang disajikan adalah bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina.

Jadi buat anda yang ingin berkunjung ke sini, bolehlah berbuat demikian. Ianya sememangnya berbaloi dengan segala servis yang ditawarkan.

Buat anda yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai The Pearl Hotel KL ini bolehlah melayari mana-mana medium seperti di bawah.

Untuk Matlumat Lanjut
Website : http://www.pearl.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/thepearlkualalumpur/
Instagram : https://www.instagram.com/thepearlkl/
Alamat : Batu 5, Jalan Klang Lama, 58000 Kuala Lumpur – Malaysia
No fon : 603-7983 1111 
FAX 603-7621 9777
Email : enquiry@pearl.com.my

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge