Assalamulaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca blog yang budiman sekalian. Semoga anda semua brada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta hendaknya.Dalam entri kali ini ingin saya kongsikan email penipuan yang menggunakan nama Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Semua sudah sedia maklom bahawa terdapat pelbagai penipuan internet pada zaman sekarang. Namun ini meupakan pertama kali saya menerima email dalam Bahasa Malaysia tepat. Sebelum ini biasa juga dapat email dalam bahasa Malaysia. Tapi bahasa Malaysia dari Google translate la. Berterabur! Email dalam bahasa Inggeris pun dah selalu.
Pesanan saya semoga kita semua tidak mudah tertipu dengan email yang menawarkan sejumlah wang. Siapa yabg nak bagi kita duit secara percuma? Nak duit silalah kerja!
Masih ada ke orang yang percaya dengan penipuan sebegini zaman sekarang?
Mesti ada, sebab tu mereka masih bergiat aktif. Kalau tiada sambutan, masakan mereka masih ada.
AM: Entri khas untuk program Memandaikan Bangsa..

