Site icon AMIRNAWAWI

Penjelasan RapidKL Berkenaan Isu Kelewatan Bas

Assalamualaikum dan salam sjeahtera buat semua pembaca yang budiman sekalian. semoga semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta hendaknya. Sampaikan salam saya pada keluarga anda semua ya.

Baiklah pada entri kali ini ingin saya kongsikan penjelasan RapidKL  iaitu dari Ketua Pegawai Operasi RapidKL berkenaan masalah yang telah saya bangkitkan dalam blog saya 2 minggu lepas. Bagi sesiapa yang masih belum membaca tulisan saya bolehlah klik pada pautan di bawah ini. Komen yang diterima pada entri tersebut pun boleh tahan hebatnya.

Baca pada pautan ini

Setelah menghantar aduan di twitter dan facebook milik RapidKL, akhirnya saya menerima maklumbalas dari Encik Mohd Azam Omar, Ketua Pegawai Operasi RapidKL. Maklumbalas berkenaan isu berkenaan saya lampirkan di bawah untuk bacaan umum.

Apa kata anda? Saya tertarik dengan tulisan di bawah ini,

Ia berlaku kerana kami mengalami kekurangan tenaga kerja kapten (pemandu) bas serentak pada hari berkenaan termasuk untuk laluan-laluan lain. Ia memaksa kami untuk melakukan semakan semula dalam penjadualan bas sekali gus menyebabkan kekerapan bas laluan T324 menjadi lebih lama.

Rasanya bukan hari itu sahaja yang lambat, Hari lain pun sama juga masalahnya iaitu lambat. Apapun hujung minggu ini saya akan kembali ke rumah dan dan menggunakan lagi perkhidmatan RapidKL ini. JOM KITA TENGOK ADAKAH MASALAH INI TELAH SELESAI ATAUPUN TIDAK.

Takkan ambil masa bertahun kot nak selesaikan masalah ini. Minggu depan saya akan tulis semula feedback saya di sini berkenaan isu ini selepas alami semula hujung minggu ini..

Jom jadi warganegara yang peka dengan masalah yang melibatkan rakyat  ke arah menjadikan Malaysia negara yang maju dan berdaya saing di dunia. Ke arah Wawasan 2020

AM: 2 minggu sekali akan balik ke KL untuk berjumpa keluarga.

Exit mobile version