Permohonan Pramugara dan Pramugari Air Asia
Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat semua para pembaca blog yang di kasihi. Dalam entri kali ini sudilah untuk saya berkongsi dengan anda semua tentang permohonan untuk menjadi pramugara dan pramugari AirAsia.
Sebelum ini sudah saya tuliskan apa keperluan untuk menjadi Flight Attandence (FA) ini, namun kali ini akan saya mudahkan lagi untuk anda lebih faham akan syarat-syaratnya. Maklumat ini saya dapat terus dari temubual bersama Mr Alson, Trainer di Akademi AirAsia. Beliau juga merupakan senior Flight Attandence di sana dan berpengalaman 17 tahun di Asian Aviation Centre of Excellence (AACE)
Baiklah berikut adalah syarat-syarat wajib untuk permohonan ini.
1- Kredit dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dalam SPM
2- Berumur 19 tahun dan ke atas
3- Mesti pandai bertutur dalam bahasa Malaysia dan Inggeris dengan baik
4- Penglihatan yang baik, namun jika rabun, masih boleh memohon asalkan ianya dapat dibetulkan dengan memakai kanta lekap (contact lens)
5- Beperwatakan yang menarik dan mempunyai senyuman yang berseri-seri!
6- Lelaki mestilah minimum 170cm dan wanita 160cm.
7- Berat mestilah sesuai dengan ketinggian (BMI normal)
Itu adalah antara syarat wajib yang pertama yang perlu ada jika anda berminat untuk menjadi seorang peramugara atau pramugari Air Asia.
Selepas ini saya akan ceritakan kepada anda tentang peringkat-peringkat dalam temuduga AirAsia ini.
Selamat berjaya dan terbang di awan biru..
Jangan lupa untuk menghadiri temuduga mereka seperti dibawah.