Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai satu pertandingan vlog yang dianjurkan oleh pihak Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) yang bertemakan The Uniqueness of Melaka City.
Untuk makluman anda semua, bersempena sambutan ulang tahun ke-16 Bandaraya Melaka Bersejarah, pada 15 April 2019 yang lalu kerajaan negeri melalui Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mengambil insiatif menganjurkan satu pertandingan Vlog MBMB 2019.
Sambutan kali ini juga sangat istimewa kerana Melaka mengistiharkan Tahun 2019 sebagai Tahun Melawat Melaka yang bertemakan Melaka The Gateway To Historic Malaysia 2019/2020.
Malah pertandingan yang bertemakan The Uniqueness of Melaka Cityberkonsepkan empat elemen iaitu makan-makan@ Melaka City, jalan-jalan @ Melaka City ,jom shooping @ Melaka City, dan Culture @ Melaka City Melaka.
Syarat Pertandingan
Berikut merupakan antara syarat syarat pertandingan ,
Tempoh Penyertaan : 1 – 31 Mac 2019
Pendaftaran : Pendaftaran Online dan syarat-syarat pertandingan sila layari: http://msdesk.mbmb.gov.my/event/daftar.cfm
Setiapa penyertaan akan dikenakan sedikit yuran. Dan berikut merupakan yuran yang dikenakan bagi nebyertai pertandingan ini,
Warganegara : RM 100.00
Antarabangsa : USD 50
Bayaran atas nama Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
RHB Islamic Bank Berhad
2540 1300 0099 67
Hadiah-hadiah
Hadiah yang ditawarkan dalam enam kategori termasuk :
Tempat pertama: Wang tunai RM7000.00 berserta penginapan 3 hari 2 malam di Melaka dan sijil penyertaan
Tempat kedua: Wang tunai RM5000.00, penginapan 3hari 2malam di Melaka dan sijil penyertaan.
Tempat ketiga: Wang RM3000.00 penginapan 3hari 2 malam di Melaka dan sijil penyertaan.
Turut diberi hadiah bagi kategori Suntingan Terbaik, Catchy Tagline dan ‘Like dan Share’ dengan wang tunai RM2500.00 bagi setiap kategori masing-masing.
Apa yang menariknya semua penyertaan (video blogging) ini hanya berdurasi selama 5 minit sahaja, dan akan dimuat naik ke platform sosial media seperti Instagram, Facebook dan Youtube.
Tujuan utamanya pertandingan vlogging ini bagi mempromosikan tempat, yang menarik, makanan yang sedap dan budaya negeri Melaka.
Juri-juri terpilih, termasuklah Micheal Ang telah diberi tugas bagi mengadili setiap video yang dihantar. Menurut Micheal Ang, dia sendiri lebih cenderung kepada video yang “simple but creative” tapi ada isi ceritanya dan mengikut syarat – syarat yang ditetapkan.
Menurut Micheal Ang pertandingan vlogging ini mampu menarik minat anak anak muda kerana vlog merupakan trend terkini. Kita sedia maklum, pergi sahaja ke mana-mana, pasti akan ada yang merakam video dan memuat naik ke media sosial.
Menerusi vlogging ini juga memudahkan semua orang mendapat maklumat dan akses tempat tempat yang menarik di Melaka, melalui internet , Youtube, dan social media , serta dapat bersama sama membantu Kerajaan Negeri untuk mempromosikan lagi kempen Tahun Melawat Melaka secara amnya.
Segala syarat dan sebarang pertanyaan bolelah melayari sesawang www.mbmb.gov.my atau hubungi seperti yang tertera di bawah ini.