Site icon AMIRNAWAWI

Program Percuma kepada Penghidap Kencing Manis di KAWALKENCINGMANIS.COM

Program Percuma KepadaPenghidap Kencing Manis | Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai program terbaik untuk penghidap kencing manis. Jadi teruskan membaca dan dapatkan input yang berguna untuk anda dan keluarga ok.

Saya juga tidak terkecuali. Arwah abah saya juga merupakan seorang penghidap kencing manis atau (juga disebut diabetes) dan ibu saya juga menghidap penyakit ini sekarang. Saya seringkali melihat sendiri bagaimana kesan penyakit ini kepada badan ibu saya. Pernah dahulu ibu saya hypo dan saya bingung untuk berbuat apa. Nasib baik ada panduan dari pihak doktor dalam keadaan seperti ini. Jadi, buat anda yang ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan hal ini, jom kita teruskan membaca.

Tahukah anda menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019 (NHMS 2019), 1 daripada 5 orang dewasa di Malaysia adalah penghidap Kencing Manis iaitu terdiri daripada kira kira 3.9juta rakyat Malaysia. Statistik yang membimbangkan ini turut menunjukkan bahawa Malaysia adalah di antara negara yang mempunyai angka pesakit kencing manis tertinggi di dunia.

Statistik Kencing Manis di Malaysia

Kajian mendapati bahawa golongan yang berisiko tinggi mendapat kencing manis adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai sejarah ahli keluarga yang menghidap kencing manis, berat badan yang berlebihan serta berumur diantara 45 tahun dan ke atas. Saya juga perlu untuk berhati-hati dan mengawal pengambilan gula kerana sejarah keluarga saya iaitu ibu dan abah saya merupakan penghidap penyakit ini. Menakutkan!

Simptom akibat daripada menghidapi penyakit kencing manis.

Malah, golongan yang berisiko ini selalunya tidak mempedulikan keadaan kesihatan mereka sehinggalah mereka disahkan menghidap kencing manis. Penyakit ini boleh menyebabkan banyak komplikasi seperti kegagalan buah pinggang, serangan jantung, lumpuh, kabur penglihatan dan amputasi.

Kesan Dari Kencing Manis
Jenis- jenis penyakit kencing manis yang perlu anda ketahui.

Dalam situasi pandemik COVID-19 ini, 83% kematian adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai sekurang-kurangnya satu masalah kesihatan. Pesakit kencing manis merupakan penyumbang terbesar kepada kematian COVID-19 iaitu sebanyak 70%. Manakala 64.9% kematian pesakit COVID-19 mempunyai masalah darah tinggi. Ini adalah dari Statistik Kematian COVID -19 di Malaysia, pada 11 Oktober 2020.

Statistik Kematian COVID-19 di Malaysia, 11 Oktober 2020

Justeru itu, sebuah platform sehenti yang diterajui ahli professional kesihatan telah dilancarkan awal Januari lalu bagi memberikan pemantauan kesihatan secara PERCUMA kepada mereka yang menghadapi masalah kencing manis. Program secara atas talian ini bakal dilaksanakan selama 14 hari bermula daripada 1 Februari sehingga 14 Februari 2021.

Organisasi tidak berasaskan keuntungan yang menerajui program ini terdiri daripada Doktor Perubatan, Dietitian dan Nutritionist yang akan memberi sokongan serta memantau 150 orang ahli terpilih yang berdaftar di laman sesawang http://www.kawalkencingmanis.com. Program ini tidak hanya terbuka kepada mereka yang telah disahkan oleh doktor sebagai penghidap kencing manis. Malahan, ia turut memberi peluang kepada mereka yang berisiko tinggi menghidap kencing manis serta kenalan terdekat mereka dengan masalah yang sama.

Pelbagai aktiviti pemantauan telah disusun bagi membantu para peserta yang menyertai program selama 14 hari ini. Di antaranya termasuklah:

1 – Jadual pemakanan bagi menurunkan tahap bacaan gula dalam darah
2 – Akitiviti senaman tanpa perlu keluar rumah
3 – Latihan pengawalan stress
4 – Kaedah tidur lena tanpa rasa dan gangguan ingin ke tandas setiap malam
5 – Kaedah dan cara pengambilan nutrisi yang berkesan dari sumber alam semulajadi.

Pastinya ini adalah peluang terbaik bagi para penderita kencing manis dalam usaha untuk mengembalikan nikmat kesihatan dan kesembuhan sepenuhnya secara langkah demi langkah dengan mendapatkan pemantauan berpandu daripada yang pakar.

Tandakan pada ruangan di atas dan semak sekiranya anda merupakan seorang yang berisiko untuk menghidap penyakit ini.

Buat anda yang ingin mendapatkan pengetahuan dan maklumbalas lebih lanjut mengenai program ini bolehlah melayari mana-mana medium seperti di bawah:

Laman sesawang rasmi: http://www.kawalkencingmanis.com
FB Page: Program Kawal Kencing Manis
Instagram: Program Kawal Kencing Manis

Sekiranya anda terlepas mengikuti program ini. Sertai batch seterusnya yang akan dijalankan pada 1 Mac 2021 sehingga 14 Mac 2021.

Jadi ayuh kita bersama dalam program ini supaya lebih membuka mata kita mengenai penyakit diabetes ini. Saya sudah mempunyai pengalaman yang lama mengenai penyakit ini. Keluar masuk hospital menemani bapa saya akibat penyakit ini menjadikan saya lebih peka akan bahayanya penyakit diabetes ini. Mungkin kita pandang enteng sahaja jika kita tidak kena, namun apabila sudah terkena, menyesal pun tiada gunanya.

Video testimoni penghidap penyakit diabetes
Exit mobile version