Main PUBG Dengan Data Percuma Bersama Yoodo

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai data percuma untuk bermain PUBG bersama Yoodo.

Kini semua sedia maklum bahawasanya ramai di antara kita yang bermain Player Unknown’s Battlegrounds (PUBG) MOBILE . Oleh yang demikian, Yoodo dengan berbesar hati menyediakan (PUBG) MOBILE Add-on untuk para pelanggan mereka.

Ia merupakan telco Malaysia yang pertama menyediakan add-on untuk permainan berbilang pemain yang paling popular PUBG ini. Untuk pelancarannya, hadiah tambahan kepada pemain iaitu Add-on kini percuma untuk semua pengguna Yoodo.

Yoodo mengumumkan hasratnya untuk memfokuskan kepada sektor pemainan. Hanya sebulan kemudian, mereka telah sampai pada fasa seterusnya pelan ini dengan penawaran PUBG MOBILE Exclusive ini. Melalui add-ons, ini membuktikan keseriuskan pihak Yoodo dalam memudahkan pemain permainan ini dalam bermain. Dengan rangkaian 4G dan juga data percuma pastinya memberikan pengalaman yang berbeza kepada para pengguna Yoodo.

Pengumuman ini dibuat semasa Kejohanan Rasmi Kebangsaan PUBG MOBILE Official (PMNC) . PMNC dianjurkan oleh PUBG Corporation dan Tencent Games dengan Yoodo sebagai Telco Digital Rasmi kejohanan.

Kejohanan berlangsung selama sebulan, dengan empat peringkat kelayakan di seluruh Malaysia – Sabah, Sarawak dan Kuala Lumpur, memaparkan 256 pasukan atau lebih 1000 pemain dengan hadiah sehingga RM60,000 untuk dimenangi. Acara kemuncak pertandingan akhir telah berlangsung di Sunway Velocity. Kumpulan yang telah memenangi kejohanan ini adalah pasukan Gank.FTY.

Chow Tuck Mun, Head of Yoodo bersama kumpulan Gank.FTY yang telah memenangi kejohanan ini

Untuk sama-sama memeriahkan kejohanan, beberapa selebriti dan juga penyiar dalam talian juga dijemput dalam acara ini. Antaranya adalah Luqman Podolski, AdibAlexx, Christina Xiao Ting, Liyee dan pasukan The Face Gaming (Chii, Revoluzion, Han10k dan Rascal).

Untuk menikmati PUBG MOBILE Add-on eksklusif Yoodo, pengguna hanya perlu menavigasi senarai add-on. Seterusnya pilih PUBG MOBILE Add-on. Dengan ini, pengguna akan dapat menikmati 20GB data mudah alih PUBG untuk bulan tersebut.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai PUBG MOBILE Add-on dan apa jua tawaran hebat lain dari Yoodo bolehlah melayari mana-mana medium seperti di bawah
Website: www.yoodo.com.my
Facebook: http://www.facebook.com/yoodoMY/
PMNC Tournament: www.yoodo.com.my/pmnc2018/.

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

2 thoughts on “Main PUBG Dengan Data Percuma Bersama Yoodo

Leave a Reply

Your e-mail address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge