Site icon AMIRNAWAWI

Pujuk Rayu yang Menggoda Jiwa Dari P1 Wimax

Pandai pihak mereka bermain kata, sehinggakan aku hampir tergoda. Namun bila difikirkan kembali ada juga betulnya. Mungkin peluang kedua perlu diberikan seadaanya. Jika ada tawaran yang lebih menarik, tak salah untuk aku menerimanya.

 

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Semgoa semuanya sihat sejahtera disamping keluarga tercinta hendaknya. Apapun cuti sekolah tinggal 2 minggu sahaja lagi. Manfaatkan cuti sekolah ini dengan sebaiknya bersama keluarga.

Baiklah hari ini saya ingin berceritakan mengenai P1 Wimax. Sekarang ini heboh di media sosial tentang masalah dengan P1 Wimax. Ada  cakap perkhidmatan dah dipotong tapi masih kena bayar la, itu la ini la dan banyak lagi masalah. Sampai ada booth P1 Wimax yang kena serang.

Apapun syukur saya tidak mengalaminya. Pernah juga 2 tahun lepas saya menggunakan perkhidmatan P1 Wimax ini, namun akibat kekurangan liputan di kawasan saya, saya batalkan sahaja penggunaannya. Dan kalau batalkan dalam masa seminggu, saya dapat balik duit pendahuluan saya RM100. Dan selesai di situ sahaja 🙂

Namun sekarang pihak P1 Wimax kembali menghantar email kepada saya menuntut saya untuk bersamanya kembali. Katanya ia telah menjadi kuat dan tidak seperti dulunya yang agak perlahan. Oh! Dua email yang dihantar cukup meruntun jiwa.

Pandai pihak mereka bermain kata, sehinggakan aku hampir tergoda. Namun bila difikirkan kembali ada juga betulnya. Mungkin peluang kedua perlu diberikan seadaanya. Jika ada tawaran yang lebih menarik, tak salah untuk aku menerimanya.

Apa pendapat kalian? Dah macam surat dari ex-kekasih hantar nak rujuk kembali jer kan? hehe

Apapun mungkin kes yan berlaku itu hanyalah kes terpencil sahaja. Syarikat mana yang tidak mengalami masalah kan. Perangai pelanggan bukannya sama. Lain pelanggan, lain pula cara layanannya. Semoga pihak customer service mereka berjaya mennyelesaikan masalah yang timbul ini. 🙂

AM: Ingin mencuba P1 Wimax. Ada nak sponser? Gituwww

Exit mobile version