Site icon AMIRNAWAWI

Rancangan Lari di TV9 Meniru Running Man?

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog saya yang budiman sekalian. Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta hendaknya. Baiklah pada entri kali ini ingin saya kongsikan dengan anda semua mengenai ulasan saya sendiri mengenai rancangan Lari di TV9.

Untuk makluman semua, sebentar tadi saya telah menonton rancangan ini di TV9 bermula 9.30 malam sehingga 10.30 malam. Terlepas setengah jam menonton soal jawab ayahanda tercinta Datuk Seri Najib di TV3 semata nak tengok Lari ini. (hahaha).

Rancangan lari ini dibarisi oleh 6 orang peserta itu Diva terulung di abad ini (katanya), Azwan Ali. Barisan artis lain adalah Afiq, Harriz, Arja Lee, Achot dan juga Aisya. Saya tidak pasti pemilihan pelakon ini disebabkan kriteria apa. Namun pada pandangan saya untuk episod pertama ini boleh laaa…

Jadi bagaimana sistem atau kaedah rancangan ini? Adakah sama seperti rancangan realiti popular Asia iaitu Running Man?

Pada pandangan saya, rancangan ini PERSIS Running Man! Dari segi tugasan serta kewujudan spy (dalam Lari dikenali Hunter), pembahagian kumpulan dan banyak lagi. Kalau dalam Running Man ada wanita tunggal iaitu Song Ji Hyo, di dalam rancangan ini juga mempunyai wanita tunggal iaitu Aisya (aku tak kenal sangat dia ni).

Kewujudan hunter.. (spy jika dalam Running Man)
Azwan Ali menyelesaikan tugasan..
Tugasan…
Arja Lee menyelesaikan tugasan sebelum di singkirkan oleh Aisya
Penjara!

Dalam rancangan ini juga ada yang terkeluar dan ditempatkan dalam penjara. Sebijik sama macam Running Man. Namun setakat episod pertama ini masih belum ada permainan cabut nametag. Kita tengok episod seterusnya.

Pemenang menerima hadiah…

Ramai yang komen tentang rancangan ini di media sosial. Rata-rata memberikan komen positif dan tidak jurang juga yang negatif. Ada yang kata rancangan ini ciplak la, tiada identiti la dan sebagainya. Yang positifnya ialah…ermm tiada pula nak tulis. Kejap lagi aku updated balik kalau ada jumpa yang positif ek..

Namun persoalannya sekarang, Azwan Ali ini sebenarnya siapa? Memainkan watak Ji Suk Jin ataupun Yoo Jae Suk? Ada jugakah artis jemputan dalam episod akan datang? Sama-sama kita nantikan..

 

AM: Nak tengok apa pula tugasan minggu depan.

Exit mobile version