Site icon AMIRNAWAWI

RenoSkin , Terima Kasih Untuk Penyelesaian Masalah Kulit

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang dikasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai produk yang agak laris di pasaran iaitu Renoskin , Medic Serum.

“Macamana saya boleh jumpa dengan produk Renoskin ini?”

Sebenarnya saya sendiri ada masalah kulit kering. Dalam keadaan cuaca kita yang sekejap panas terik sampai berbahang ini menjadikan kulit saya kering pedih gatal macam tu. Jadi rasa macam tak best pula bila kulit jadi macam ini. Tanpa banyak soal, memandangkan dunia di hujung jari, saya memulakan pencarian di dalam laman sesawang mengenai produk yang sesuai untuk masalah kulit kering ini.

Nah!

Cari punya cari, baca punya baca, akhirnya jumpa juga dengan produk Renoskin ini.

Banyaklah produk yang ada dalam talian ini. Baca punya baca testimoni saya akhirnya jatuh hati dengan Renoskin.

Pertama sekali apa yang menarik minat saya tentang produk ini selepas segala khasiat yang terkandung adalah harga yang mampu milik. Eh? Kenapa harga? Saya kan jenis ortodok sikit punya orang. Saya akan cari produk yang mampu milik punyalah. hehe. Ketemu juga produk Renoskin ini pada harga hanya RM65 sahaja.

Tak sabar ini nak dapat produk ini. Alhamdulillah beberapa hari lepas sampailah parcel produk Renoskin ini kepada saya. Tak sabar betul nak gunakan produk ini. Mana tidaknya kalau dah lama mencari akhirnya ketemu.

Agak teruja juga sebenarnya untuk mengguna produk ini. Dikhabarkan di dalam produk ini terkandung pelbagai bahan semualajadi bersama bahan aktif ekstrak vitamin E dan A. Ini menjadikan ianya lebih berkesan 70-80 kali berbanding vitamin sentatik dan kaya dengan pelembab semulajadi.

Jadi tidak hairanlah ia boleh digunakan sebagai pelembab kulit. Memang betul-betul sesuai la dengan sesiapa sahaja yang mengalami masalah kulit kering. Selain itu juga ianya sesuai utnuk digunakan oleh sesiapa yang menghadapi masalah aczema.

Selain itu juga, produk ini secara klinikalnya diuji boleh digunakan untuk:

1. Meredakan azcema dan psoriasis

2. Melembabkan kulit

3. Merawat dan mencegah ruam lampin

4. Merawat jangkitan kulat dan bakteria

5. Merawat luka melecur

6. Menyuburkan rambut

7. Menghilangkan regangan kulit

8. Memudarkan pigmentasi

9. Memudarkan parut

10. Merawat gatal-gatal, merah dan alahan kulit.

Produk ini dihasilkan menggunakan bahan-bahan semulajadi. Oleh yang demikian ianya sesuai untuk digunakan sesiapa sahaja daripada peringkat bayi hinggalah kepada orang dewasa.

Antara bahan yang digunakan dalam produk ini adalah ekstrak buah zaitun. Semua sedia maklum bahawasanya buah zaitun ini dapat merawat dan membuang sel kulit mati. Selain itu ianya juga dapat menghilangkan kesan penuaan kulit dan mengatasi masalah kulit berminyak.

Selain itu juga, terdapat ekstrak rosemary. Ekstrak ini mampu melindungi kulit daripada radikal bebas dan cahaya matahari. Ianya juga mampu menggantikan sel-sel rosak. Baunya yang wangi juga boleh menjadi penenang minda sang pemakainya.

Ekstrak kelapa asli juga digunakan dalam produk ini. Bahan ini kita sedia maklum mampu mempercepatkan proses membaik pulih kulit yang rosak. Ia juga mampu membantu masalah kelemumur dan juga kulit kering. Teksturnya juga tidak melekit menjadikan produk Renoskin ini memang selesa untuk dipakai.

“Jadi kalau nak pakai sapu-sapu sahajalah?”

Tidak. Nak pakai pun kena ada cara ya kekawan semua. Semua produk semulajadi kita kena test dahulu produk tersebut.

Picit sahaja dan sapu

Sebelum guna, kita kena pastikan yang kulit kita serasi dan boleh menerima produk semulajadi ini. Cara untuk mengetahuinya adalah dengan menyapu serum ini secara nipis dipermukaan pelipat lengan untuk semalaman. Jika ada sebarang reaksi seperti kemerahan, hentikan penggunaan kerana berkemungkinan anda tidak serasi dengan produk. Alhamdulillah, saya serasi dengan produk ini tanpa sebarang alahan.

Seterusnya, anda bolehlah guna dibahagian yang terbabit (Seperti saya kulit kering di pipi, jadi saya sapukan sahaja di pipi saya). Ianya juga sesuai digunakan sebagai losyen. Jadi kalau anda nak pakai kat tangan ataupun di mana jua tiada masalah.

Setelah diyakini serasi, bolehlah guna di tempat yang perlu

Buat masa ini, saya amat sukakan produk ini. Wangian daripada rosemary menjadikan saya seperti berada di ladang bunga. Wangi yang amat! Tak ada lah bau ubat konvesional yang biasa kita guna tu.

Tekstur cecair yang lembut dan melekit sememangnya sesuai untuk saya. Saya memang agak cerewet sikit kalau benda melekit-lekit melekat kat badan. Memang akan jadi tidak selesa. Namun produk ini tidak melekit, jadi sesuai la dengan taste saya.

Cara Mendapatkannya

Apapun, buat anda yang ingin mendapatkan produk ini bolehlah mendapatkannya di mana-mana medium seperti di bawah:

Web: www.renoskin.com.my

Facebook: Renoskin HQ

Instagram: Renoskin

Telefon: 016-4907155

Exit mobile version