November 15, 2024
Food

Resepi Ayam Pindang Mudah dan Sedap

Resepi ayam pindang | Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai resepi ayam pindang.

Sebenarnya ini adalah pertama kali saya memasak menu ini. Namun apa yang saya perhatikan menu ini mirip kepada menu singgang yang ada di Malaysia. Oh! Lupa untuk saya katakan yang pindang ini adalah menu dari seberang.

Namun saya sebenarnya sudah banyak kali makan pindang ini. Sebabnya saya memang sudah banyak kali ke Indonesia. Jadi rasanya itu memang sudah saya fahami.

Baiklah tanpa membuang masa, jom kita lihat bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan:
Ayam (1/4 ekor)
Bawang Holland (Sebiji)
Bawang putih (3 ulas)
Serai (3 batang)
Asam keping (2 keping)
Cili padi/merah (Ikut kepedasan sendiri)
Tomato (Sebiji)
Kunyit (Seinci)

Cara masak:
Panaskan periuk dan masukkan air. Kuantiti air ini mengikut citarasa anda. Nak kuah banyak letak banyak. Saya letak 800ml sahaja. Setelah itu masukkan semua sekali dalam periuk bersama air mendidih. Tambah garam dan gula ikut sedap tekak sendiri. Siap!

Ayam pindang sudah siap

Oh! Mangkuk cantik ni dari MyCookingStory.
Boleh tengok di sana ok.
https://mycookingstory.com/?ref=MCSAmir

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

One thought on “Resepi Ayam Pindang Mudah dan Sedap

  • Terima kasih atas perkongsian. Sekali tengok macam gulai ayam masak lemak cili api. Singgang rupanya.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *