Site icon AMIRNAWAWI

Nikmati Masakan Asli Thailand di Restoran Mueang Kao Thai Cuisine

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai Masakan Asli Thailand di Restoran Mueang Kao Thai Cuisine.

Semua sedia maklum bahawasanya makanan dari Thailand cukup popular di Malaysia, bahkan diseluruh dunia makanan dari Thailand sudah dikenali oleh umum. Seperti Malaysia, negara Thailand juga mempunyai rasa masakan yang berbeza untuk setiap bahagian.

Jika di bahagian utara Thai, penggunaan beras pulut amatlah sinonim. Selain itu juga penggunaan sos ikan yang ditapai (Pla Ra) juga selalu diguna. Masakan mereka lebih rasa masin dan berminyak. Bagi bahagian selatan pula, masakan lebih kepada pedas dan bersantan. Banyak rempah ratus yang digunakan dalam penyediaan makanan mereka.

Bagi bahagian tengah pula, gabungan dari segala bahagian yang terdapat di Thai menghasilkan keseimbangan 5 perisa asas masam, manis, masin, pahit, dan pedas. Cukup rasa dan seimbang segalanya. Jadi di Mueang Kao ini mereka menyajikan makanan dari bahagian tengah Thailand.

Apa yang lebh menarik, restoran ini menyajikan ikan Australian Jade Perch yang diternak sendiri di ladang mereka. Jadi ianya cukup segar dan bebas dari apa juga pencemaran kimia. Kandungan khasiat di dalam ikan mereka juga lebih tinggi berbanding di dalam ikan yang lain.

Ok baiklah kita lihat apa makanan yang telah saya berjaya cuba tempoh hari. Yang paling utama, segala sajian yang disediakan memang sedap sangat! Semua habis kami semua makan.

Poh Pia Sod

Baiklah untuk hidangan pembukan selera ini, ianya dibuat daripada inti isi ayam kari dan daging. Jika versi popia kita di Malaysia, kita gunakan sayur kan? Tapi bukan untuk versi ini. Cukup sedap bila dicicah bersama sos manis mereka.

Australian Jade Perch Thai Style Salted Egg

Inilah menu yang menggunakan ikan segar dari ladang mereka sendiri yang saya cakapkan itu. Ianya dimasak menggunakan telur masin. Cukup sedap dan enak dengan isi ikan tersebut telah dipotong kecil-kecil untuk memudahkan kita makan. Antara menu yang wajib cuba di sini.

Geng Some Cha Om Goong

Sekali imbas saya ingatkan tomyam, tetapi rupanya bukan. Ia seperti masak asam kita dengan bau rempah yang cukup kuat. Sekali hirup memang terasa pekat rempah itu menerjah ke dalam mulut. memang sedap dan wajib cuba. Dihidang dengan udang dan juga telur dadar.

BBQ Saba Fish

Saya fikirkan ikan saba ini terkenal dalam menu Jepun sahaja, rupanya di Thailand juga popular ikan saba ini. Dimasakan secara panggang menjadikan ikan ini cukup sedap dengan segala bahan yang sebati bersama ikan. Sekali makan memang saya sahaja yang conquer ikan ini.

Coconut Prawns With Thai Mango

Ini pula menu udang goreng yang digoreng bersama saduran kelapa kering. Memang sedap. Dihidang pula bersama sos mangga yang masam manis tersebut. Memang terangkat habis.

Dry Curry Chicken

Sebelum ini kita sering dengar mengenai kari hijau Thailand kan? Rupanya terdapat juga kari hijau versi kering sebegini. Namun rasanya juga tetap enak dan sehebat yang biasa kita makan.

Spicy Fried Rice with Thai Basil

Sekali imbas nampak seperti nasi goreng biasa, namun sebenarnya nasi goreng ini digoreng bersama telur itik. bagi saya nasi goreng ini agak tawar rasanya namun ianya boleh dipesan mengikut citarasa anda. Nak lebih pedas ke, kurang pedas ke. Kanak-kanak memang sesuai untuk makanan ini.

Deep Fried Paku Pakis

Ini pula menu paku pakis yang digoreng sehingga rangup dan disajikan bersama sos khas mereka. Sekali makan, krup krap sedapnya. Ianya juga sesuai untuk orang tua yang tiada gigi kerana ianya rangup untuk dimakan.

Spicy Minced Beef Salad

Ini pula menu baharu yang saya cuba. Biasanya makan kerabu mangga ataupun betik. Namun kali ini kerabu daging. Nampak seakan-akan ianya dimasak bukan? Namun sebenarnya daging ini tidak dimasak. Ianya menjadi sebegini atas tindakbalas asid yang digunakan dari limau nipis yang digunakan mereka. Sedap!

Thai Style Sweet Chilli Tofu

Menu ini pun tidak kurang hebatnya. Saya juga merupakan penggemar tofu. Jadi memang kenalah tofu yang dimasak dengan sos masam manis ini.

Manisan/Dessert

Ok baiklah, itu antara menu utama yang saaya makan. Sekarang kita beralih pula dengan menu untuk manisan mereka. Di sini terdapat 3 menu yang boleh dicuba oleh para pelanggan. Saya telah mencuba ketiga-tiganya dan semuanya sedap!

Mango Sticky Rice

Ini adalah menu yang biasa kita cuba jika ke kedai Thai. Namun menu di sini cukup sedap dengan pulut yang lembut dan mangga yang manis.

Coconut Ice Cream

Yang ini paling istimewa. Yang paling saya sukai. Rasa kelapa yang cukup sedap dan padu dalam aiskrim ini menjadikan ianya paling saya gemar. Wajib cuba!

Thai Red Ruby

Yang ini pula merupakan antara menu terbaik di sini. Barang kandunggannya juga diimport khas dari Thailand. Termasuk santan!

Restoran Mueang Kao Thai Cuisine ini cukup selesa dan luas. Ianya juga mampu menampung sehingga 40 orang pelanggan pada satu-satu masa. Boleh makan dalam bahagian dalam yang berhawa dingin dan juga di luar. Mereka juga menerima tempahan untuk katering. Jadi kalian boleh menghubungi mereka untuk sebarang tempahan ok.

Mueang Kao Thai Cuisine
No. 21, (Ground Floor),
Jalan SS 22/11, Damansara Jaya,
Petaling Jaya, Selangor
Tel: 0142731512
Masa operasi: 11AM-11PM
Food Panda: 2PM-11PM
*Tutup pada hari Selasa
Facebook: Muaeng Kao 
Instagram:  Mueang_Kao_Thai_Cuisine 

Exit mobile version