Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semuannya. Selamat berhujung minggu dan beristirehat. Sambil-sambil menenangkan fikiran tu bolehlah baca sedikit majalah percuma di majalahniaga.com.
Anda pernah ke membaca majalah percuma ini? Kalau tak pernah, memang anda rugi dalam mendapatkan pelbagai tips berguna dalam alam maya ini. Apapun kepada yang masih belum mendapatkan koleksi majalah-majalah niaga sebelum ini bolehlah mendapatkannya secara PERCUMA di majalahniaga.com. Anda tidak percaya ianya percuma? Percayalah..
Mengenai entri kali ini aku nak kongsi sedikit mengenai isu yang dikupas oleh Majalah Niaga edisi yang terkini. Setiap edisi memaparkan kisah pelbagai individu yang berjaya di Malaysia. Tak kiralah dari bidang apa. Edisi sebelum ini ada memaparkan tentang Fotografer yang berjaya iaitu Saiful Nang, Novelis terkenal iaitu Ain Maisarah dan kali ini memaparkan mengenai Pegarah urusan Les Copaque, Tn Haji Burhanuddin.
Bila disebut Les Copaque mungkin masih ramai yang tetanya-tanya syarikat apakah itu, tapi bila disebut Upin dan Ipin semestinya seluruh rakyat Malaysia mengenali entiti ini. Les Copaque merupakan syarikat yang mencipta siri animasi Upin dan Ipin ini. Edisi Majalah Niaga kali ini berkisarkan tentang bagaimana Tn Haji Burhanuddin mencetuskan idea mengenai Upin dan Ipin ini.
Banyak rahsia kejayaan yang dikongsi dalam majalah serta temubual ekslusif bersama beliau. Temubual eksklusif ini juga diberikan secara percuma tau. Tuan Haji Burhanuddin ini sememangnya mempunyai visi dan teknik perniagaan yang sememangnya jarang digunakan oleh orang Melayu yang biasa. Beliau sememangnya cerdik dalam menguruskan serta mengangkat Upin dan Ipin ke persada antarabangsa.
Disamping itu jugak, aku dapat tahu serba sedikit mengenai asal usul kemunculan Upin dan Ipin ini. Tahukah korang yang watak Upin dan Ipin pada asalnya bukan anak yatim piatu. Tapi disebabkan kekangan masa untuk menghabiskan episod akhir edisi Ramadhan beberapa tahun yang lalu, pihak Les Copaque mengambil keputusan untuk menggambarkan watak Upin dan Ipin ini tanpa ibu dan bapa. Ini kerana kekurangan masa untuk mencipta watak ibubapa yang sememangnya mengambil masa yang lama.
Selain itu juga ada la pengkisahan tentang asal usul nama Upin dan Ipin ini. Kalau korang nak tahu maklumat lebih lanjut, bolehlah memuat turun percuma di laman web Majalah Niaga.
Edisi kali ini bukan sahaja berkisahkan tentang Upin dan Ipin jer tau, antara lain yang dikongsikan ialah Tips Menjadi Blogger Full Time, Kisah Muaz Express yang semangnya memberikan motivasi dan banyak lagi kisah menarik. Jangan lupa untuk mendapatkan edisi Majalah Niaga kali ini secara percuma ya.
Dapatkan Majalah Niaga Secara Percuma Di sini
AM: Aku tidak pernah terlepas untuk mengumpulkan setiap koleksi Majalah Niaga ini.
Anda dah join ke kontest mudah aku ni? Kalau belum jemput klik pada banner untuk ke entri tersebut
Iklan:






11 comments
Skip to comment form ↓
syazana
March 24, 2012 at 8:45 pm (UTC 8) Link to this comment
oh. baru aku tahu.
syazana baru jer tulis pasal..Syaz menari? Eh?
amirnawawi
March 27, 2012 at 6:33 pm (UTC 8) Link to this comment
hehe3.. Aku pun baru tahu jugak sebenarnya
madammondoq
March 26, 2012 at 10:29 am (UTC 8) Link to this comment
oo.. ni rupanya toke upin ipin ni…….
madammondoq baru jer tulis pasal..ANJUNG JELITA SPA.. Syoknya Dapat Massage!
hazman aka species1980
March 26, 2012 at 6:33 pm (UTC 8) Link to this comment
MAJALAH NIAGA nie bagus…. satu-satunya majalah ilmiah yang FREE dan BERGUNA….
hazman aka species1980 baru jer tulis pasal..Tiket penerbangan PERCUMA AIRBUS 380 untuk BLOGGERS
amirnawawi
March 27, 2012 at 6:35 pm (UTC 8) Link to this comment
tu la.. Memang terbaik la kan. Dah la setiap isu memang pengisian yg menarik..
Jomtonton
March 26, 2012 at 7:27 pm (UTC 8) Link to this comment
Semoga Les Copaque dan Tn Haji Burhanuddin terus memartabatkan industri animasi 3D di negara kita ke persada antarabangsa. Terima kasih untuk perkongsian ini
Jomtonton baru jer tulis pasal..Tidak Sah Pertandingan Berdasarkan ‘LIKE’ di Facebook
Kodet Froyo
March 27, 2012 at 7:55 pm (UTC 8) Link to this comment
Sekarang Malaysia dah makin terer buat kartun. Les Copaque dengan Upin Ipin. Yang terbaru Bananana Studia yang iklan Ikan Jerung hidup dekat darat tu.. haha
Kodet Froyo baru jer tulis pasal..English Oral Test
amirnawawi
March 27, 2012 at 8:05 pm (UTC 8) Link to this comment
Seefood tu ka?
titan
March 29, 2012 at 2:38 am (UTC 8) Link to this comment
dah download. tapi aku lupa lagi nak baca..hehe..
titan baru jer tulis pasal..Gua jentik lu punya bulu ketiak.
unaimana
April 6, 2012 at 7:47 am (UTC 8) Link to this comment
kelmarin baru beli satu set barangan alat tulis Upin Ipin kat adik,bukan main suke lagi dia hehhehe (guna voucher 1 malaysia)huhu
efendi.hassan
July 10, 2012 at 11:28 am (UTC 8) Link to this comment
Bercakap tentang upin dan upin dan kartun-kartun lain keluaran negara kita. Kita mungkin tak perasan bahawa penggunaan bahasa didalam kartun-kartun tempatan ni kadang-kala mungkin tak sesuai didalam membentuk keperibadian kanak-kanak. Persekitaran kita mungkin menjadikan kita tak alert dengan bahasa-bahasa kartun kita ni ..
efendi.hassan baru jer tulis pasal..Masalah Dengan Upin dan Ipin Serta Rakan-Rakan