November 7, 2024
Lain-Lain

Sekitar Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa (PULARA) Pangkor 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera  kepada semua para pembaca yang dikasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dsalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai Festival Puisi dan Lagu rakyat (PULARA) Pangkor 2017 yang telah diadakan di Pulau Pangkor Perak pada awal bulan Disember yang lalu.

Untuk makluman semua, PULARA ini telah dijadikan acara tahunan pada setiap tahun dengan tahun ini merupakan tahun ke 78 penganjurannya. Wah! pasti sepanjang 8 tahun ini telah memberikan pelbagai maklumbalas dan perkongsian yang menarik.

PULARA pada kali ini tetap diadakan di Yayasan Kampung Karyawan Malim dan Arena Pangkor seperti tahun-tahun sebelumnya. Pada tahun ini, tema yang diangkat utnuk PULARA adalah ‘Sebahasa Sejiwa’ dimana objektif utama adalah untuk menyedarkan dan memartabatkan nilai seni kepada masyarakat. Festival ini menyasarkan golongan akademik, penyair, aktivis seni, sasterawan, dan juga para pelajar.

Untuk PULARA8 pada tahun ini, terdapat pelbagai penyertaan dari pelbagai negara. Antaranya adalah Indonesia, India, Singapura, Thailand, Brunei, Jerman, Australia, Sepanyol, China, Amerika, Jepun, Bangladesh dan Timur Leste.

Bagi segmen persidangan pula, tema yang diangkat adalah ‘Bahasa dan Persuratan Melayu Merentasi Zaman’ untuk melebar luaskan penemuan amalan terbaik dalam bidang bahasa dan persuratan Melayu dan berkongsi pengalaman dan dapatan kajian dalam bahasa, budaya dan sastera Melayu di peringkat global.

Ini bagi meningkatkan sumber rujukan keilmuan dan pendidikan bidang bahasa, budaya dan sastera Melayu di peringkat global dan membina jaringan perkongsian pintar dalam kalangan pendukung, pencinta dan aktivis bahasa, budayadan sastera Melayu peringkat global dan membina jaringan perkongsian pintar dalam kalangan pendukung, pencinta dan aktivis bahasa dan sastera Melayu peringkat antarabangsa.

Bagi acara malam kemuncak pula, kerajaan negeri turut mengadakan Festival Makanan Warisan Negeri Perak dimana 20 gerai yang menyajikan pelbagai makanan tradisional negeri Perak dipersembahkan. Antara menu yang disediakan adalah gulai kari daging, umbut pisang hutan, dan nasi putih, kebebe, gulai kemahang, bubur anak lebah, pais ikan keramat, laksa mee, dan laksa Pangkor secara percuma kepada orang ramai yang hadir.

Diharapkan agar PULARA ini dapat dilaksanakan lagi apda masa-masa akan datang supaya negeri Perak lebih dikenali di peringkat antarabangsa dengan penyertaan lebih banyak perserta pada masa akan datang. InsyaAllah.

‘Sebahasa Sejiwa’

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

One thought on “Sekitar Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa (PULARA) Pangkor 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *