Site icon AMIRNAWAWI

Seleksi Rangkaian Dashing Adventurer Terbaru untuk Jejaka

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca blgo yang budiman sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai seleksi rangkaian wangian terbaru oleh Dashing.

Semua sedia maklum bahawasanya Dashing merupakan jenama yang tidak asing lagi dalanm kalangan lelaki di Malaysia ini. Lasak, pintar dan mempunyai semangat ingin tahu – ini adalah ciri-ciri semulajadi dalam setiap lelaki. Pendek kata, setiap lelaki dilahirkan dengannya. Pada masa mudanya, seorang lelaki akan terus meneroka pelbagai cara untuk memastikan bahawa adrenalin di dalam dirinya akan terus mengalir, sederas aliran sungai. Sama ada beliau mengembara ke gurun atau menelusuri kembara yang merbahaya, seorang lelaki sejati akan menangani setiap cabaran dengan ketabahan, kekuatan dan keberanian mutlak. Tambahan pula, lelaki yang serba boleh adalah seorang yang amat sesuai dijadikan sebagai teman.

Berbekalkan semangat yang berkobar dalam membebaskan semangat pengembara yang sebenar tersembunyi dalam diri setiap jejaka Malaysia, DASHING dengan bangganya mengumumkan pelancaran semula koleksi ADVENTURER yang merangkumi Deodoran, EDT dan wangian Roll-On. Wangian baru yang dirumus khas mampu bertahan lebih lama dan memberikan kesegaran sepanjang hari, terutamanya mereka yang aktif.

2 variasi produk ini dinamakan sebagai BOLD 2.0 dan EDGE 2.0.

  1. BOLD 2.0
  1. EDGE 2.0

Dedoran semburan ‘NO GAS’ yang pertama di Malaysia

Berbeza dengan semburan deodoran tradisional yang hanya dapat bertahan selama 3 minggu akibat penggunaan harian, semburan ‘NO GAS’  ini mengandungi pati deodoran tulen yang mampat dan boleh memberi sehingga 750 semburan setiap botol dan dapat bertahan sehingga 2 bulan. Selain daripada memberi manfaat 6-dalam-1, pengguna juga boleh menikmati keharuman berganda serta penjimatan kos! Selain itu, teknologi pengeringan segera akan memberikan rasa kering pada kawasan bawah lengan anda dan mengelakkan pertumbuhan bakteria di samping memberikan kesegaran sepanjang hari.

DASHING sentiasa berada di hadapan dalam inovasi dan kami berbangga untuk menjadi perintis semburan deodoran ‘NO GAS’ di Malaysia. Kami teruja untuk berkongsi penemuan teknologi ini dengan pengguna kami, sekaligus menunjukkan bahawa DASHING benar-benar mengambil berat akan keperluan dan kehendak anda. Kami mahu anda mengalami perbezaan dan mendapatkan 2x lebih manfaat daripada deodoran anda. Melalui cara ini, anda boleh menyimpan dan memanjakan diri anda pada masa yang sama hanya dengan DASHING ADVENTURER. “Kata Encik Venkat Jangam, Pengurus Pemasaran DASHING.

Pembungkusan baru untuk DASHING ADVENTURER merangkumi pelbagai warna bertenaga dan premium. Pembungkusan yang unik juga disertai dengan reka bentuk sentuhan 3D yang menarik yang akan memberikan rupa dan rasa yang eksklusif untuk pengguna mereka. Permukaan kotak direka bertekstur untuk sentuhan elegan dan eksklusif. EDGE 2.0 direka khas dengan cetakan tayar kenderaan berpacuan 4 roda bagi melambangkan sukan lasak dan aktiviti luar, selaras dengan ciri-ciri seorang pengembara sejati.

Selain itu, reka bentuk kompas pada Bold 2.0 membangkitkan persona jejaka yang ‘sedia untuk bergerak’ dan suka untuk mendapatkan keseronokan; meneroka sesuatu yang baru. Dengan palet warna yang menarik lagi maskulin seperti biru, jingga terang, merah dan hijau, DASHING ADVENTURER membebaskan semangat pengembara terpendam anda.

Tentang Rangkaian DASHING ADVENTURER:

 

AM: Tak tahu nak cakap apa, tapi saya sememangnya suka giler dengan bau rangkaian mereka yang terbaru ini! Amat sesuai untuk lelaki seperti saya. Wajib beli. Fullstop!

Exit mobile version