AMIRNAWAWI

Setiaku Disini – Misha Omar ft Imagi

Setiaku Disini – Misha Omar ft Imagi | Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang disayangi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk entri kali ini aku ingin berkongsi dengan anda semua mengenai lagu nyanyian asal Ziana Zain iaitu Setiaku Disini yang dinyanyikan kembali oleh Misha Omar ft Imagi.

Petang tadi aku tengah buka media sosial Instagram tiba-tiba ternampak satu post dari MIsha Omar. Eh? Ada lagu barukah? Rupanya bukan. Ia adalah lagu Setiaku Di Sini nyanyian asal Ziana Zain. Namun kali ini ianya telah diberi nafas baharu dengan vokal oleh kak Mitch dan diiringi oleh band Imagi.

Sebenarnya cover asal adalah nyanyian oleh Kak Mitch di instagramnya sempena dengan 30 tahun pembabitan Ziana Zain ( #zianazain30tahun #zianazain3dekad ) dalam bidang seni. Namun band anak muda yang bernama Imagi telah melakukan sedikit penambahbaikan dan juga membuat susunan muzik yang baru menggunakan nyanyian Misha itu tadi.

Dan hasilnya?

Letop! Aku keep repeat this song with new arrangement ini. Love it!

Setiaku Disini – Misha Omar ft Imagi

Arrangement: Amy Bong
Keyboard: Amy Bong
Vocal : Hamir Haziq
Guitarist : Nazmi
Guitarist : Bab
Bassist : Abror
Drummer : Afiz

Lirik Lagu Setiaku Disini

[Verse 1:]
Ku terasa kesyahduan
Menyelimut malamku sepi
Ku menanti kepulanganmu
Kau janji-janjikan
Satu masa dulu

Hanya kau kasih
Kau kukasihi
Kata-kata yang dilafazkan
Mengikat jiwa dan cinta
Hingga tak termimpi
Pengganti yang lain..

[Bridge:]
Biar ku dicengkam gelisah
Dibuai rindu yang mendalam
Resah mendamba belaianmu
Yang teramat kudahaga..

[Chorus:]
Kumasih lagi setia
Biarpun takdir mencabar
Kita terpisah
Kumasih lagi di sini
Berpegang teguh kalimah cinta
Ku bisikan dalam tangisan
Yang gugur berderai ke bumi
Menjadi bingkisan ku yang akhir
Untuk bekalan jalanmu
Mencari mahkota
Menghiasi pelamin kita

Video Muzik Setiaku Disini
Video Setiaku Di Sini

Macamana pendapat kalian semua? Bagi aku aku suka dengan arrangement ini. I keep repeating this song. Alangkah best kalau dapat dengar full song with this new arrangement. Apapun good luck to Misha Omar dan Imagi for your karier seni and thank you soo much for this lovely song.

Exit mobile version