Sindrom Tom Yam Orang Melayu
Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca blog saya yang budiman sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta hendaknya. Baiklah pada penulisan saya kali ini ingin saya kongsikan dengan anda semua mengenai Sindrom Tom Yam dalam kalangan orang Melayu.
Sebenarnya terdetik untuk saya menulis berkenaan hal ini setelah saya berborak panjang dengan seseorang semasa dalam perjalanan kami dari Kuala Terengganu ke Kuantan. Saya bertemu seorang pakcik Cina ini di Kuala Terengganu dan menumpang keretanya untuk ke Kuantan. Beliau seorang orang yang boleh dikatakan berpangkat dan menerima beberapa anugerah dalam bidang yang diceburinya. Perjalanan yang cukup panjang disebabkan beliau yang sudah tua, jadi perjalanan agak berhati-hati. Kereta pun bergerak dengan perlahan.
Sudahla menumpang takkan saya hendak tidur pula disepanjang perjalanan bukan? Bagi memastikan suasana tidak hambar disepanjang perjalanan kami, banyak yang diborakkan bersama. Dari hal ekonomi hinggalah bab politik. Namun sepanjang perjalanan dari KT tersebut, apa yang menarik perhatian saya ialah bila berbica mengenai ekonomi. Terlihat tentang kedai tomyam disepanjang jalan menyebabkan kami tertumpu kepada topik ini.
“Cuba kamu tengok kedai tomyam ini, depan tu sikit sahaja akan ada lagi kedai tomyam. Padahal beberapa langkah sahaja”.
Kenapa pekara ini berlaku? Kalau dulu sebuah kedai ni buka kedainya dan mendapat sambutan hangat dari pelanggan, mesti ada yang tak senang duduk dan buka pula kedai di tepi kedai tadi. Dari sebiji kedai menjadi dua biji kedai di tempat yang sama menyediakan menu yang sama kepada prospek pelanggan yang sama. Banyak persamaan!
Lama kelamaan makin banyak kedai yang muncul yang menyediakan menu yang sama. Tom Yam! Persaingan yang tidak berapa sihat. Tiada kepelbagaian pilihan untuk pelanggan di kawasan tersebut. Lama-kelamaan satu demi satu kedai lingkup. Ini berbeza dengan cara orang cina berniaga.
Saya dengar dengan teliti percakapan beliau. Ada betulnya juga apa yang dia cakap. Saya tengok restoren Cina biasanya penuh sahaja orang (saya tinggal di kawasan kejiranan Cina). Ruapanya cara mereka berniaga adalah dalam satu restoren yang sama, terdapat pelbagai gerai yang berlainan menjual menu yang berlainan dan pemilik setiap gerai adalah berlainan!
Oh! Itu mungkin cara mereka berniaga. Kerana tak semua orang datang ke kedai untuk makan tomyam sahaja. Ada juga menu lain yang menjadi pilihan. Mungkin ini konsep berkongsi rezeki. Itu la saya pelik juga pada mulanya kenapa restoren Cina ni selalu ramai orang. Lain benar dengan cara orang Melayu berniaga. Kalau pelanggan lain datang duduk kedai dia dan order kedai lain, memang kena maki hamun la orang tersebut jawabnya. Memang ramai dah yang pernah kena dengan situasi sebegini.
Mungkin untuk lebih maju dalam perniagaan, orang kita kena lebih kreatif dan inovatif dalam urusan. Bukan hanya sibuk dengan dengki dan irihati.
Ya, memang diakui, sukar untuk peniaga Melayu bersinergi. Kalau order makan kedai dia, tak boleh duduk meja kedai sebelah.
Baiknya uncle tu bagi tumpang…
Tengah-tengah malam tengok tom yam memang meleleh gini
Saya pun membesar di kawasan kejiranan Cina. Apa yang saya perasan, macam-macam gerai ada dalam satu kedai dan harganya sangat murah. Ada ke menu kat restoran kita yang berharga RM 2.50?
Servis mereka pun nampaknya pantas.
maaf cakap..peniaga melayu lebih banyak “phd” dari semangat berdaya saing demi memajukan bisnes mereka..
sailang!
tak disangkal juga, dalam diri ada rasa takut utk berinovatif atau takut mencuba, seringkai hanya mengikut corak