Site icon AMIRNAWAWI

Spam Komen di Blog Semakin Menjadi-jadi

Spam Komen di blog

Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat semua pembaca yang dikasihi sekalian, Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta hendaknya. Pada entri kali ini saya ingin berkongsi dan menanyakan pendapat kepada semua pembaca mengenai cara terbaik untuk mengatasi spam di blog

Semenjak dua menjak ini, spam komen semakin menjadi-jadi. Sehari boleh dapat lebih kurang seribu spam. padahal saya PR2 sahaja. Kalau dulu tak sampai 20 pun komen sehari. Padahal dulu PR3. Kalau dulu semasa komen sikit tu bolehlah saya cek spam tu sebab ada juga komen itu komen betul dari kawan blogger, terlepas masuk ke spam.

Namun sekarang setelah kebajiran spam ini, saya tidak tengok lagi. Terus clear spam. Maaflah kalau ada komen kalian yang tidak muncul. Itu mungkin kerana telah masuk ke kotak spam. Bukan itu sahaja, komen spam juga ada terlepas masuk ke ruangan komen biasa.

Antara komen spam yang terlepas masuk ke ruangan komen biasa

Nampaknya plugin tidak dapat menapis lagi komen-komen berbentuk spam ini. Blog sudah menjadi tidak kebal. Apapun saya nak mintak pandangan anda semua apa yang patut dilakukan untuk mengelakkan spam ini bermaharajalela di blog kita? Ke biarkan aja dia bersarang?

Any ideas?

AM: Spam dari penjual produk pun ada jugak. Chooi nak iklan free kat blog aku nih..

Exit mobile version