Suplemen Halal dari Duopharma Biotech Pilihan Saya

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk entri saya pada kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai produk suplemen daripada Duopharma Biotech.

Zaman sekarang kita memerlukan makanan tambahan ataupun suplemen dalam hidup kita. Makanan yang kita makan tidak mampu memberikan sepenuhnya zat yang diperlukan oleh badan. Makanan tambahan sebeginilah yang akan memenuhi tuntutan zat yang diperlukan itu.

Saya pun termasuk dalam kategori yang memerlukan makanan tambahan bagi memastikan badan saya ini mendapat nutrisi yang mencukupi bagi menjalani aktiviti sehari-hari. Sebabnya sekarang bila balik kerja je mesti akan terbaring sebab badan terasa penat sangat. Sebab itulah saya mencari suplemen yang sesuai untuk diri ini sekarang.

Namun terdapat permasalahan dalam pemilihan suplemen ini. Sebagai seorang Muslim, pemilihan suplemen amatlah penting kerana ianya bersangkut paut dengan halal dan haram. Apa jua yang masuk ke dalam tubuh kita hendaklah dari sumber yang halal dan baik dari tuntutan syarak.

Mengikut kajian daripada Universiti Sains Malaysia pada 2009, hampir 30 peratus daripada produk kesihatan yang terdapat di pasaran adalah tidak halal kerana disahkan menggandungi gelatin yang berasal dari bovine yang tidak diketahui sumbernya.  Ianya tidak dapat digunakan oleh orang Islam kerana berkemungkinan dari sumber yang tidak halal seperti khinzir.  

Jadi cari punya cari, dapatlah saya dengan produk daripada Duopharma Biotech (dahulunya dikenali sebagai CCM Duopharma Biotech) ini. Produk-produk yang dihasilkan oleh Duopharma Biotech ini dijamin halal dan dihasilkan dengan menggunakan amalan perkilangan yang baik (Good Manufacturing Practice) . Jadi produk yang mereka hasilkan adalah halal lagi baik untuk digunakan oleh sesiapa sahaja.

Di Duopharma Biotech, produk kesihatan mereka dihasilkan dengan tahap kebersihan yang tinggi, selamat dan mengikut proses kawalan halal yang ketat mengikut piawaian di tetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, JAKIM dan juga Persijilan Halal Malaysia.

Jadi sebagai seorang yang beragama Islam, ‘Mencari Yang Halal Itu Fardhu Bagi Umat Islam.’ Jadi menggunakan produk halal dari Duopharma Biotech ini adalah satu amalan yang terbaik dapat kita lakukan. Makan benda yang halal dan baik juga untuk kesihatan.

Eh? Panjang pula saya berceloteh tentang Duopharma Biotech ini. Ayuh saya kongsikan dengan anda semua produk yang saya gunakan dalam meningkatkan tahap kesihatan saya ini.

Bila tanya kawan-kawan produk Duopharma Biotech inilah yang mereka cadangkan. Mereka cadangkan produk Proviton dan Flavettes Effervescent. Proviton ini mengandungi ekstrak Ginseng yang sememangnya kita tahu baik untuk kesihatan. Memang herba yang diakui sejak dahulu lagi berkesan untuk tubuh badan kita.

Bagi Flavettes Effervescent pula, ianya bakal melengkapkan keperluan vitamin C anda yag diperlukan setiap hari. Setiap tablet mengandungi 1000mg Vitamin C, 250 mg calcium dan 300i.u Vitamin D3. Jadi sememangnya lengkap untuk keperluan tubuh kita.

Oklah setakat ini kesannya amatlah serasi dengan badan saya. Rasa lebih bertenaga dan memang sesuai diambil waktu berbuka dan bersahur. Supaya badan kita mendapat nutrisi yang mencukupi untuk melalui hari-hari yang panjang.

Oh! Untuk anda yang sentiasa mengalami sakit kepala, jangan lupa untuk menggunakan Uphamol 650 yang mampu melegakan sakit kepala dengan 1 tablet sahaja.

Selain itu juga, buat anda yang rasa pedih mata dan perit, bolehlah gunakan Eye Glo ini. Saya pun selalu guna produk ini untuk perit mata. Sebabnya saya memang menghadap komputer selama 9 jam sehari. Jadi Eye Glo inilah yang mampu melegakan perit mata saya ini.

Oh! Rupanya ada juga produk untuk anak-anak kita, saya terus sambar juga produk Duopharma Biotech iaitu Champs untuk anak-anak. Wah! Semoga mereka lebih bertenagalah selepas makan Champs ini. Ini kerana setiap tablet Champs ini mengandungi 250 mg Vitamin C dan 5mg zinc. Memang terbaiklah. Kanak-kanak pasti suka dengan rasa orennya.

Terbaikkan produk mereka? Yang pasti ianya disahkan halal dan tak perlu ragu-ragu lagi ketika kita menggunakannya. Jika kita punya pilihan yang halal, kenapa masih ragu-ragu dalam memilih?

Kini produk Duopharma Biotech pilihan saya. Anda bagaimana pula?

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge