Site icon AMIRNAWAWI

Tak Suka Saya? Terima Kasih!

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca yang budiman sekalian. Semoga anda semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta hendaknya. Baiklah pada entri kali ini saya ingin kongsikan pendapat mengenai ‘haters’ ataupun yang yang tak suka kita.

Pada pandangan saya terdapat 3 jenis haters, iaitu

1. Benci sebab memang kesalahan kita

Yang biasa berlaku. Memang lumrah manusia la akan sentiasa buat kesalahan. Namun dari situlah kita belajar memperbaiki diri. Tapi kalau ada orang yang tak suka kita tu nak buat macamana kan. Terima sahajalah. Kalau aku salah, maafkan aku.

2. Sebab terikut dengan pandangan orang lain.

Yang ini pun selalu berlaku. Pernah tak kita dihampiri oleh seseorang lalu dia bercerita tentang polan si polan ni dan persepsi kita pun turut berubah. Pernah? Yang ini bahaya sebenarnya bercerita keburukan orang. Dahlah berdosa, turut mengundang benda lain lagi. Memutuskan silaturahim lagi. Silap boleh bawa bergaduh besar. Dengan tidak sengaja perasaan benci tu turut muncul. Ini seperti ajakan kawan juga la. Faham? Aku pun tak faham sebenarnya.

3. Dia pun tak tahu sebab apa

Yang ini aku paling konfius. Kau dah kenapa? Pernah tak kalian alami seperti ini. Rasanya semua pernah kan. Mungkin sebab apa mereka tak suka ialah sebab KITA PUNYA APA YANG DIA TAK  PUNYA. Ini biasa berlaku. Penyebab utama ialah masalah hati. Rawatlah ia dengan sebaik mungkin.

Aku bukan nak tunjuk baik atau apa, cuma aku pun ada juga tidak suka seseorang. Namun perlu buang perasaan itu dengan sebaiknya. Aku selalu sematkan dalam jiwa aku kata-kata ini,

Kau tak suka dia, kau ingat dia suka kau?

Dalam arena blogging ini pun ada banyak juga haters sebenarnya. Bila kita tulis itu ini. pengalaman kita, akan ada sahaja mulut-mulut jahat yang berbunyi. Tapi aku anggap itu sebagai satu motivasi untuk pergi lebih jauh. Namun apa jika ada mulut jahat ini adalah lebih baik dari KAWAN BLOGGER SENDIRI YANG CAKAP BELAKANG.

Lebih baik tahu musuh yang nyata dari berhadapan musuh dalam selimut kerana kita tidak tahu bila masanya ia akan menikam kita.

Haters gonna hates

Tak suka saya? Kenapa? Nyatakan diruangan komen di bawah

AM: Maafkan aku jikaku tak sempurna. Sayangi daku, peluklah daku.. Wakaka! 

Exit mobile version