Site icon AMIRNAWAWI

Tea Tree Dry Skin Relief Percuma

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Apa khabar ya? Raya semakin hampir ni tapi aku masih berada di universiti menyiapkan tugasan yang perlu dihantar minggu depan. Aku memang tak balik raya ini. Beraya diperantauan buat kali pertama la nampaknya. 🙂

Baiklah, kalau semalam aku berasa amat gembira kerana mendapat rezeki 3 hari berturut-turut. Tapi, untuk pengetahuan kalian, hari ini masih ada rezeki yang aku dapat. Syukur sangat-sangat.

Apa yang aku dapat ialah set barangan Tea Tree Dry Skin Relief berharga RM165. Terima kasih Nuffnang atas hadiah ini. Aku tak bercadang untuk menang pun hari tuh. Hantar tweet pun dah lewat, tapi rezeki aku la kot. Apepun, makin bertambah koleksi barangana aku la pasni

Ini email yang aku terima petang tadi.

Memang terbaik! 4 hari berturut-turut mendapat rezeki yang tidak disangka-sangka. Masihkah ada rezeki hari ke-5 esok? Aminn.. Mudah-mudahan.

 

 

 

AM: Esok Hari Arafah. Jom puasa sunat yukk.. 🙂

Exit mobile version