Teater Latana The Bobohizan Di ASWARA
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai teater yang telah saya tonton pada 16 Januari 2018 yang lalu.
Untuk makluman semua, teater yang saya tonton diberi tajuk Latana The Bobohizan. Ianya telah dipentaskan di Panggung Experimental Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Pementasan drama tari ini menampilkan para pelajar dan alumni fakulti tari dan teater Aswara.
Drama tari ini menceritakan perjalanan hidup Latana yang mana dilahirkan sebagai anak yatim piatu. Beliau kehilangan bapanya sebelum dilahirkan dan ibunya pula meninggal selepas beliau dilahirkan.
Beliau dibesarkan oleh neneknya iaitu Odu Lijah yang merupakan seorang bobohizan. Pelbagai konflik yang berlaku dalam hidup Latana dipersembahkan dalam drama tari ini. Dari kematian neneknya yang menjadikan Latana sebagai seorang bobohizan hinggalah Latana terpaksa mengorbankan dirinya bagi mengembalikan keamanan kampungnya.
Kepercayaan terhadap bobohizan ini sebenarnya telah wujud ratusan tahun lampau dalam kalangan kaum Dusun serta sub suku yang lain seperti Kadazan, Lotud, Kimaragang, Tatana, Rungus dan sebagainya. Institusi Bobohizan dipercayai bermulai semenjak dari isteri Kinoingan sebagai bobohizan yang pertama,
Istilah bobohizan bererti mereka yang sangat arif dan pakar dalam melafazkan mantera yang dianggap sakral dan suci bagi pengamal kepercayaan ini. Terdapat empat asas ritual iaitu ingkau, divato, dimpunan dan tingkayu.
Istilah bobohizan bererti mereka yang sangat arif dan pakar dalam melafazkan mantera yang dianggap sakral dan suci bagi pengamal kepercayaan ini. Terdapat empat asas ritual iaitu ingkau, divato, dimpunan dan tingkayu.
Teater ini dibahagikan dengan 7 babak iaitu babak kelahiran Latana, pelajaran ilmu ritual, perkahwinan, tolak bala, kematian, ritual dan alam ghaib dan juga magavau. Dari kesemua babak ini kita dapat mengenali sedikit sebanyak adat dan kepercayaan masyarakat yang berkait rapat dengan bobohizan ini.
Semoga dengan pemetasan teater ini dapat memberikan lagi kefahaman kepada kita tentang adat dan kepercayaan sahabat kita yang lain di Malaysia ini.
“Kita dipisahkan oleh Laut China Selatan, namun kita dekat” – En. Yusoff Haji Osman, Pegawai Daerah Keningau.
Untuk maklumat lanjut mengenai pementasan drama ini bolehlah melayari mana-mana medium di bawah.
Facebook: Latana The Bobohizan
Instagram: The Bobohizan
Teater ini dibahagikan dengan 7 babak iaitu babak kelahiran Latana, pelajaran ilmu ritual, perkahwinan, tolak bala, kematian, ritual dan alam ghaib dan juga magavau.
nampaknya saya tertarik dengan babak perkahwinan^^
Sama sahaja seperti suku kaum Indonesia di Kalimantan sana
Pingback: Jom Ke Keningau Sabah sempena Tahun Melawat Keningau 2018 - AMIRNAWAWI