Temui Ramai Artis Hebat Tanahair di Unity Festival Malaysia (UniFestMy)

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah, untuk entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai Unity Festival Malaysia.

Unity Festival Malaysia atau ringkasnya #UniFestMy merupakan festival yang bakal berlangsung pada 30 November nanti. Ianya bakal diadakan di APW Bangsar.

Terdapat ramai artis ternama yang bakal mengadakan persembahan pada majlis ini nanti.

Apa yang menarik pada festival ini adalah persembahan artis-artis popular yang melibatkan 3 pentas serentak tanpa henti selama 6 jam. Antara artis-artis yang terlibat membuat persembahan sewaktu #UniFestMy itu nanti adalah seperti berikut :

1.   MK K-Clique
2.   Tuju K-Clique
3.   Dato’ AC
4.   De Fam
5.   Baby Shima
6.   Zamani
7.   Zizi Kirana
8.   Syafiq Farhain
9.   W.A.R.I.S
10. Kmy Kmo
11. Benzooloo
12. Fariq Frequensi
13. Luca Sickta
14. B-Heart
15. 25K
16. Keena (Mentor)
17. Salma (Mentor)
18. Kay (AF)
19. Ayu (OIAM)
20. KLPD
21. Mayhem Team Fr Luqe & Radz
22. OAG
23. Drama Band
24. Here Comes July
25. Margasatwa
26. An Honest Mistake
27. Zahir Zack
28. Deadwood
29. Yusef Kifah
30. Hazrain Norman
31. Jerryca Misty

Selain itu juga, festival ini diserikan lagi dengan artis-artis tempatan yang turut membuat penampilan khas di #UniFestMy seperti :

1.   Nabil Ahmad
2.   Kamal Adli
3.   Shuib Sepahtu
4.   Floor 88
5.   Lan Solo
6.   Safwan Nazri
7.   Syaffiq Sahli
8.   Lavina TV
9.   Ajut
10. Dayana Roza
11. Shah Iskandar
12. Wanns Ahmad

Untuk makluman semua, jemputan adalah tertakluk kepada umur 16 tahun keatas sahaja. Semua pihak terutamanya golongan belia dijemput hadir. Harga tiket bermula dari RM30.00.

Tiket yang cukup murah dan berbaloi untuk semua. Jadi apa lagi, jemput datang beramai-ramai ke festival ini nanti. Ajak kekawan anda juga

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge