Site icon AMIRNAWAWI

Tengok Wayang, Open House dan Ponteng Kelas

Assalamualaikum semua!! Waduh, hujung minggu dah habis. Esok dah start kuliah balik dah. Malas giler aser..ha3. Hujung minggu kali nih aku berpeluang balik ke Ampang.. Tujuan sebenar nak balik ambik barang sket. Masa pendaftaran hari tu tak sempat aku nak punggah semua barang aku ke hostel.

Walaupom terasa kejap, tapi rasa cam berbaloi jer. Mana tak berbaloinya kalau  banyak open house yang aku pergi. Alhamdulillah murah rezeki aku minggu nih. Tambahan pula aku ni memang dah lama kososngkan perut aku..muahaha3..

Pada ari Sabtu aku telah pergi ke rumah sepupu aku. Dia ada wat open house sket kt umah dia. Aku sbenarnya pantang kalau ada open house nih. Memang jarang la aku tolak pelawaan..hehe.. Sampai kat sana aku terus pulun ke meja makan. Aku terus menyantap londeh, spagetti (my feveret), lemang, nasi himpit, pulut kuning with rendang, satay, kuih-muih and finally penyudahnya aku tibai koktail buah-buahan. Memang penuh perut aku..  Tidur malam tu memang best la. Sebelum tidur tu masih sempat untuk aku tibai tomyam  kt dapur umah plak..

Second day hari Ahad nyer plak, aku pi tgk wayang ngan kawan2 aku kt mid. Tapi aku lambat sampai. So tengok sesorang la aku.Diorang dah habis tengok dah pom. Aku memang nak nak jugak tengok wayang arituh. Tiba je kt sana, mak ai! Bapak banyak giler orang beratur.. Fuhh!! Kalau beratur ni maunya sejam baru blh beli tiket nih. Almaklumlah hujung minggu. Tetiba plak aku teringat yang tiket Gold Class arituh masih ada lam beg aku. Muahaha3. Terus aku tukar barisan pergi direct ker kaunter Gold Class GSC tu. Memang xde orang pom.Terus dapat tiket. Aku tgk citer Abduction. Lain kali aku story pasal citer nih. After tgk wayang tuh, berkejaran la aku ke Seputeh. Nasib baik dkt jer ngan Mid tuh.

Kali ni kt open house pakcik aku. Tema masakan dia masakan kelantan. Memang banyak la masakan kelantan yang ade. Aku pi tibai nasi kerabu jer. Yang lain tuh aku xsentuh pom sebab dah kenyang makan KFC kt mid..he3. Sebelah malamnya pi umah kawan abang aku plak. Kali nih aku pulun mee kari jer. Resepi asli dari utagha. Best jugak ek. Banyak kali jugak la aku tambah. Memang tak tahu malu betul la aku nih.. Sebelum balik tuh boleh jer ambik biskut susu letak lam poket..he3.Sedap plak biskut camtuh.

Then, aku pergi la ke Jalan Pekeliling dengan beg yang teramat besarnya! Almaklumlah nak balik ke Kuantan dah. esok kan dah ade kelas. Tiba-tiba jer boleh diorang cakap yang tiket ke Kuantan untuk malam ni dah habis. Muahaha!! Menagis tak berlagu la aku.. Aku tepom la kakak aku bagitau yang tiket dah habis. boleh plak dia cakap:

Padan Muka!! Ko ingat ko anak menteri ke nak suh diorang tuh reserve tiket untuk ko. Lain kli beli awal2.

Huh!! Sentap beb. Aku pom dengan geliganya memikirkan bagaimana unutk menyelesaikan masalah ini. Dengan pantasnya henpon ku capai dan aku taip,

Wei beb, esok aku tak datang klas tau, ko boleh TOLONG SAIN UNTUK AKU TAK?

He3… Amacam, baik giler tak aku. Terus dia balas ok. Ni la namanya kawan baik. Saper yang duk universiti pom meang selalu gak kan wak camni. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang salah laku yang selalu berlaku kt uni ni koranh leh la baca kt sini. Sedara Anif nih dah tulis panjang lebar pasal nih. Si Anif ni memang dah pakar dah lam hal nih.. muahaha

Lepas tahu tiket dah habis tuh, aku terpaksa la ambik LRT blik semula ke stesen Chempaka. Dalam tren tu aku sorang jerk. Seram la jugak. Lepas tuh turn ler kt Chempaka. Naik bas plak aku 4 orang jer lam tuh termasuk pemandu. Mana la lagi orang2 nih. Aku tanya la pakcik tuh, dia cakap yg malam minggu memang sket jer orang.. Oo patutla.. Dan yang bestnyer ialah pakcik tuh hantar aku betul2 depan umah aku.. Padahal dia tak lalu pom kot jalan nih..he3

Sekarang dengan damainya aku berada di rumah balik dan memikirkan bagaimana nasibku esok. Adakah tiket masih tak ade esok..he3

AM: Petang esok aku ade kuiz wei!! Camna nih.. Tak study lagik!!

Exit mobile version