Tidur Bogel Boleh Kuruskan Badan?

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua. Apa khabar? Semoga sihat sejahtera semuanya. Macamana tarawikh tadi? Cukup atau tidak 8 rakaat? Apapun selamat berpuasa esok.

Amacam tajuk entri kali ini? Gempak bukan? Saya pun agak terkejut bila baca di Yahoo News tadi. Tapi tak pernah pula saya tidur berbogel nih. Buang tebiat gamaknya. Apapun silalah baca petikan ini.

tidor bogel

[notice]

Percayakah anda tidur tanpa pakaian boleh menguruskan badan? Selain daripada menjaga pemakanan dan bersenam untuk mendapat bentuk badan yang diidamkan, ada lagi cara yang mampu membuat anda kurus tanpa melibatkan kos.

Menurut penulis buku “The Hormone Diet”, Dr Natasha Turner, anda boleh mengurangkan berat badan sekiranya tidur dalam keadaan berbogel!

Jika anda tidur tanpa pakaian, tubuh anda seperti menekan butang ‘reset’ kepada hormon ‘fat loss’ dengan merembeskan hormon yang membina sel di dalam tulang, kulit dan otot dan menggalakkan penurunan berat badan. Keadaan tidak berbaju akan membuatkan anda merasa sejuk dan ini memudahkan proses rembesan tersebut.

Selain itu, tidur dalam keadaan tidak berpakaian boleh mengurangkan hormon kortisol penyebab stress dan memelihara tenaga dalam badan semasa tidur. Jika banyak hormon kortisol dirembeskan ketika tidur, anda akan merasa lapar dan membuatkan anda menikmati hidangan secara berlebihan.

Bukan itu sahaja, pakaian yang menghangatkan badan ketika tidur boleh mempengaruhi hormon pertumbuhan dan melatonin yang menyebabkan penuaan. Sekiranya anda tidur tanpa pakaian, kulit yang mempunyai cela senang dipulihkan kerana hormon pertumbuhan menjadi lebih aktif.

[/notice]

Jadi amacam? Kalau nak berbogel pun agak-agak la ya 😛

Jangan buang tabiat pula 🙂

Untuk membaca tulisan asal, boleh klik di sini

 

AM” Tak pernah lagi amalkan teknik nih. Boleh cuba nih.. haha

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

15 thoughts on “Tidur Bogel Boleh Kuruskan Badan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge