Tonton Kini Lebih Xtra

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang saya kasihi sekalian,. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai Tonton.

Semua sedia maklum, zaman sekarang, hiburan dalam talian lebih diterima ramai daripada hiburan konvesional seperti di kaca televisyen. Oleh yang demikian, banyak syarikat yang menawarkan hiburan dalam talian ini untuk memenuhi kehendak pelanggan. Antaranya adalah Tonton!

Ben Jern Loh, Pengurus Besar Tonton

Untuk makluman, Tonton telah disenaraikan sebagai  perkhidmatan penstriman video tempatan nombor satu dan terbesar di Malaysia dengan lebih 7.4 juta pengguna. Seiring dengan penerimaan yang luar biasa dan bagi memenuhi tuntutan hiburan semasa, Tonton mengorak langkah dengan melancarkan Tonton Xtra.

Tonton Xtra adalah portal hiburan dan gaya hidup terkini dengan sajian LIVE TV PERCUMA, berita hiburan terkini, perkembangan sensasi serta kisah viral dalam 3 bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Melayu dan Mandarin. Jadi, untuk anda yang memang mengikuti apa jua berita viral di laman sosial, Tonton Xtra adalah pilihan anda yang tepat.

Datuk Kamal Khalid Group Managing Director of MPB

Selain dari itu, sempena dengan pengumuman berita gembira tersebut, baru-baru ini telah diadakan majlis di salah sebuah pusat hiburan terkemuka di Kuala Lumpur. Majlis yang cukup meriah ini telah dihadiri lebih dari 300 barisan bintang ternama, kenamaan, pengamal media dan selebriti media sosial hadir ke acara hari ini dengan tema ‘Alter Ego’.

Ben Jern Loh bersama Tomi, CEO Camment

Selain itu juga, pada majlis tersebut telah diadakan umumkan kerjasama TM, DiGi, dimsum & EROS NOW. Kerjasama ini bakal memberikan banyak lebihan lain untuk para pengguna Tonton. Tidak lupa juga persembahan oleh para artis jemputan. Cukup meriah!

Persembahan oleh Thomas Jack.

Untuk anda yang ingin mendaftar, ada berita gembira untuk anda,

Bermula 1 November 2017, langgan tonton VIP dari serendah RM3 setiap hari dan nikmati pakej bulanan dengan hanya RM5 (harga asal RM10); atau nikmati pengalaman tontonan sepanjang tahun hanya RM48 (harga asal RM96)!

Untuk maklumat lanjut, bolehlah melayari mana-mana medium seperti di bawah:

Facebook: tontonMY

Twitter:  tontonMY

Instagram: tontonMY

Hashtag #tontonMY #tontonMacamVIP

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge