Tulis Entri itu Senang?
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat smeua pembaca blog yang budiman sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah pada entri kali ini, saya ingin kongsikan perihal hal ehwal semasa blog. Maklumlah tak nak jadikan blog saya ini sebagai majalah bergerak. Penuh hal ehwal event dan advertorial sahaja. Kan tak pepasal ada yang meluat.
Tapi tahukah anda yang mengarang tu tak senang? Ramai yang cakap menulis ni senang. Sebab dari kecil kita dan memang diajar menulis dan mengarang. Tak gitu? Itu yang biasa orang diluar komuniti blogging cakap. Saya nak tanya satu soalan, karangan masa SPM anda ambik berapa lama untuk siapkan? Sejam? 2 jam? 3 jam?
Situasi sama la macam berblogging. Diberi tajuk lepas tu kena buat ayat dan ulas. Memang kematu la otak nak fikir. Masa SPM memang kita dilatih untuk tangkas dalam menjawab soalan. Tapi bila blogging ni tak dateline selagi tu la otak ni tak nak berfungsi. Bila dateline baru lah otak bergeliga.
Ala, kan dah bagi press release tu, salin sahaja lah.
Dik, blog abang ni bukan blog copy paste dik. Abang ada identiti sendiri. Tapi kalau event pergi makan biskut kering, tambang LRT abang pun tak cover tu memang abang copy paste jugak. Tapi tak sepenuhnya la. Press release ada juga yang kasi dalam bahasa Inggeris. Memang jenuh la abang nak translate. Guna google translate pun belum tentu betul tatabahasanya. Ada blogger yang siap guna google tranlate sampai 100% tak edit. Malas bebenor kome ye.
Kalau advert tu kena la tunjuk effort sikit. Bukan main terjah je tulis. Kena ada kajian sikit. Tu yang susah sebenarnya. Mana tidaknya kalau yang jenis berfakta tu, kalau main semborono je tulis memang sengaja cari nahas la. Orang dah bayar, kena la buat yang terbaik. Kalau berbayar ni pastinya entri yang dikeluarkan lagi cepat la dari entri event biskut kering tu.
Jadi anda fikir nak mengarang tu senang? Hah! Abang menaip entri ni pun nak dekat 40 minit tau. Kalau advetorial tu maunya nak dekat 2 jam. Tu belu medit-edit gambar lagi. Leceh weh!
Jadi buat anda semua, jangan fikir blogging ini kerja senang. Yang senang tu blogger copy paste!