Site icon AMIRNAWAWI

Katering Terbaik Negeri Sembilan – UBE Catering Services

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang saya kasih sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai antara katering terbaik di Negeri Sembilan, iaitu UBE Catering Services.

UBE Catering Services

Untuk makluman semua, syarikat katering ini telah ditubuhkan pada tahun 1998 lagi, hampir 20 tahun mereka berada dalam industri penyediaan makanan ataupun katering di Malaysia ini. Jadi anda bolehlah agak bagaimana tahap servis mereka sehingga mampu bertahan sehingga selama ini.

Kata mereka, pelanggan mereka adalah dari keluarga yang sama sejak turun temurun. Ini kerana apabila seorang ahli keluarga berpuas hati, promosi mulut ke mulut akan dilakukan dengan sendirinya sehingga mereka merekomen UBE Catering Services ini kepada ahli keluarga yang lain.

Menarik bukan? Itulah pentingnya memberikan servis yang terbaik kepada pelanggan, pastinya mereka takkan cari lain lagi untuk majlis mereka yang seterusnya. Selain itu juga, pihak UBE juga menyediakan servis pembekalan makanan untuk majlis-majlis kerajaan juga. Jadi, kepakaran mereka dalam bidang ini usah ditakwil lagi.

Makanan yang mereka sajikan untuk pelanggan juga tak usah disangkal lagi kerana apa yang mereka sajikan adalah yang terbaik. Sekali makan, pasti tertanya-tanya. Sebab itulah mereka dicari oleh orang lagi dan lagi.

Saya juga merasa masakan mereka tempoh hari di UBE Banquet Hall D’Nilai 3. Memang sedap. Jujur untuk saya katakan bahawasanya patutlah para pelanggan memuji masakan mereka, sedap sungguh. Malu untuk saya katakan yang saya menambah makan pada hari tersebut 🙂

Berikut adalah antara sajian yang disajikan pada hari tersebut.

Nasi biryani
Ayam masak madu
Daging rendang minang
Dalca sayur
Acar timun
Papadom

Menarik bukan? Selain daripada itu, terdapat juga menu lain yang ada disajikan oleh pihak mereka iaitu Daging Gulai Kawah, Kambing Masak Kuzi, Gulai Nangka Ikan Masin, Ikan Sweet Sour, Ikan Dori 3 Rasa, Kambing Rendang, Daging kurma, Ayam Goreng Berlada, Ayam Goreng Serai, Ayam Goreng Berempah dan macam macam lagi termasuklah minuman dan pencuci mulut yang cukup menyelerakan.

Yang paling utama, pihak UBE Catering Services adalah antara pemegang sijil halal JAKIM di Negeri Sembilan. Kita sedia maklum bahawasanya untuk mendapatkan pengiktirafan sijil halal JAKIM, kita hendaklah memenuhi beberapa kretiria yang telah ditetapkan. Jadi bolehlah kita bayangkan bagaimana servis yang mereka sediakan ini.

Sijil pengesahan halal yang dikeluarkan oleh JAKIM
Pakej Katering

Berikut adalah pakej katering yang disediakan oleh pihak UBE Catering Serrvices ini. Apa yang menariknya, pakej yang ditawarkan oleh pihak mereka cukup menarik dengan pakej yang boleh dikatakan sebagai mampu milik.

Pakej yang mereka tawarkan adalah pakej Platinum, Gold dan juga Silver.

Harga yamg ditawarkan untuk kesemua pakej adalah bermula dari RM20.50 sahaja untuk satu pax. Dan lebih menarik adalah untuk tempahan yang melebihi 1500 pax, anda layak untuk mendapatkan cendol percuma.

UBE Banquet Hall D’Nilai 3

Untuk makluman anda semua, kini UBE Catering Services bukan hanya melaksanakan pakej ketering sahaja, mereka juga sekarang memnyediakan pakej termasuk banquet hall. Banquet Hall yang cukup besar ini mampu memuatkan sehingga 7000 pax dalam satu-satu masa.

Dewan ini boleh digunakan untuk pelbagai majlis, antaranya untuk majlis perkahwinan, pertunangan, pernikahan, aqiqah, graduasi, seminar, makan malam dan juga majlis reunion.

Ruangan yang cukup luas dan boleh ditempah mengikut tema yang anda mahukan. Jom kita saksikan sedikit sebanyak suasana di dalam dewan ini.

Menarik bukan? Untuk pakej temasuk tempahan dewan pula cukup murah. Yang menariknya, bagi Januari hingga April 2018, terdapat promosi yang dijalankan oleh pihak mereka iaitu hanya bermula RM19.90 sahaja untuk satu pax.

yang paling penting, dewan ini dilengkapi segala kemudahan yang anda perlukan seperti ruangan parking, ruangan solat, tandas, dan pelabagai lagi.

Bagi tempahan bersama dewan ini, terdapat 2 pakej yang anda boleh pilih iaitu pakej Sri Tanjung dan pakej Sri Kekwa. Bagi Sri Tanjung, pakej bermula dari RM19.90 per pax manakala Sri Kekwa RM23.50 per pax. Setiap pakej menyediakan pelbagai pilihan menarik untuk anda pilih. Hubungi pihak UBE Catering Services untuk keterangan lanjut ok.

Untuk maklumat lanjut, anda bolehlah menghubungi mana-mana medium seperti di bawah.

UBE Banquet Hall D’Nilai 3

Lot 16660, Jalan Delima 1,

Kawasan Perindustrian Nilai 3, 71800 Nilai,

Negeri Sembilan

Email

ubebanquethall@gmail.com

Nombor Telefon

010 – 5870000

Facebook

www.facebook.com/ubecateringservices

Instagram

www.instagram.com/ube_catering

Exit mobile version