Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog yang budiman sekalian. Semoga anda semuaberda dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta hendaknya. Baiklah pada entri kali ini ingin saya kigsikan dengan anda semua mengenai hotel yang terbaru diubahsuai di Genting iaitu Hotel First World Tower 2.
Semua sudah sedia maklum yang Hotel First World Hotel Genting dahulunya hotel yang terbesar di dunia. Namun dengan bilik yang sebegitu banyak masih juga tidak mampu menampung kebanjiran pelancong ke kawasan peranginan tempat sejuk ini. Oleh yang demikian pelbagai pembangunan infratruktur dilaksanakan bagi menampung keperluan yang mendadak naik ini.
Fasa pertama pembesaran dibuka dengan penambahan 412 bilik dan lebihan 874 bilik lagi dijangka akan dibuka tidak lama lagi. Ini menjadikan keluruhan bilik adalah 7351 bilik yang menjadikan First World hotel adalah hotel yang terbesar di dunia. Bilik telah diubahsuai dengan menjadikan suasana lebih kondusif untuk didiami. Dengan pelbagai pembaharuan serta hiasan dalaman menjadikan bilik-bilik di First World Hotel lebih mendamaikan dan menggamit memori buat sesiapa yang menginap di sini.
Ayuh kita saksikan seleksi bilik yang tersedia di sini
Untuk makluman semua juga, sekarang pihak Genting telah menggunakan sistem Check-in kiosk. Ini adalah untuk memudahkan para pengunjung untuk membuat check-in bilik dengan sendiri. Tidak perlu pergi ke kaunter lagi. Dengan hanya menggunakan IC atau kat Genting. anda sudah boleh check-in sendiri bilik anda. Anda juga boleh membuat tempahan baru dan buat bayaran di mesin tersebut.
AM: Teruja untuk menantikan kemunculan taman tema terbaru di Genting.