Site icon AMIRNAWAWI

Waran Perjalanan Udara Awam (WPUA) oleh Airasia Untuk Pelajar dan Staf Universiti awam di Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca blog yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai  Waran Perjalan Udara Awam (WPUA) yang ditawarkan oleh syarikat Airasia khas untuk pelajar dan kakitangan universiti awam di Malaysia.

Untuk makluman semua, Waran Perjalanan Udara Awam AirAsia atau  dikenali sebagai WPUA AirAsia ialah pakej perjalanan  komprehensif untuk PENGGUNAAN TUGASAN RASMI kakitangan  di dalam  Kerajaan Persekutuan & Kerajaan Negeri serta  Badan-badan Berkanun, Universiti  dan Kelab  di bawah persatuan Kerajaan / Kementerian.

Dengan WPUA ini, pelajar dan kakitangan universiti awam di Malaysia akan mendapat beberapa kelebihan ataupun benefits yang ditawarkan oleh syarikat Airasia. Antaranya adalah:

1) Percuma 40kg bagasi untuk semua penerbangan Airasia X economy mahupun business.
2) Percuma 20kg Sport Equipment utk Airasia & Airasia X
3) Pemilihan makanan secara percuma
4) Percuma pemilihan seat dan HOT SEAT
5) Percuma counter check in untuk flight domestic dan service fee juga dikecualikan
6) Percuma penukaran flight 2 jam sebelum jadual perlepasan penerbangan

Juga kelebihan anda akan dapat:
1) Boleh buat tempahan 3 jam sebelum jadual perlepasan penerbangan melalui travel agent yg dilantik
2) Korang juga dapat Tune Protect Insurance
3) Dan semestinya dapat BIG points yang boleh menebus tiket penerbangan Airasia, hotel dan lain-lain lagi.

Syarat-syarat Penggunaan WPUA AirAsia

Penukaran Penerbangan

  1. Bagi penukaran penempahan pada saat akhir, pemberian makanan & minuman mungkin adalah berbeza.
  2. Penempahan sehingga 3 jam sebelum penerbangan boleh dibuat melalui ejen pelancongan yang dilantik.
  3. Tiada Caj bagi waktu penukaran bagi waktu penukaran sehingga 2jam sebelum waktu penerbangan.
  4. Tiada Caj bagi Penukaran masa On Standby Basis (Untuk Penukaran Awal Sahaja) – Penukaran boleh di lakukan di Kaunter Lapangan Terbang, Ejen Pelancongan yang di lantik & Client Support

Sekiranya Terlepas Penerbangan (Missed flight)

Bagi penukaran ke penerbangan selepas waktu asal, penukaran boleh dilakukan di kaunter lapangan terbang AirAsia pada tarikh yang sama sahaja*

  1. Caj penukaran perlu dibayar secara di kaunter. Resit pembayaran akan diberikan atas permintaan penumpang.
  2. Sebarang penukaran penempahan tertakluk pada penerbangan sedia ada pada hari yang sama.
  3. Tertakluk pada terma dan syarat, ketersediaan tempat duduk dan tarikh penerbangan yang sama.

 

Sektor / Rantau Caj Penukaran
Domestik RM50
Antarabangsa RM75
AirAsia X RM100

Bagaimana nak menempah (booking)?

Untuk penempahan tiketm,anda bolehlah pergi ke bahagian Pusat Tanggungjawab (PTJ) atau ke Bahagian Kewangan di universiti masing-masing dan boleh terus mohon (apply). Ataupun boleh pergi ke travel agent yg dilantik.

Untuk keterangan lanjut boleh visithttps://www.airasia.com/my/ms/login/wpua.page

Exit mobile version