Yusa Food Kini di Sunway Putra Mall

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk entri kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda mengenai Yusa Food.

Untuk makluman semua, baru-baru ini saya telah menghadiri majlis pembukaan cawangan baru Yusa Food di Sunway Putra Mall.

Ianya telah dirasmikan oleh Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal ehwal Pengguna. Ianya cukup meriah sehali dengan kehadiran juga pegawai-pegawai tinggi KPDNHEP, rakan media dan juga para tetamu yang lain.

YB Menteri menandatangani plak perasmian kedai Yusa Food 

Apa yang menariknya mengenai pembukaan kedai Yusa Food ini adalah, ianya memnampilkan pelbagai jenis barangan keluaran ushaawan tempatan. Ianya adalah salah satu paltoform terbaik untuk memasarkan produk usahawan-usahawan tempatan ini.

Di kedai Yusa Food ini terdapat pelbagai jenis produk. Ianya melebihi 200 produk yang dijual di sini. saya boleh katakan yang kedai ini diibaratkan seperti one stop center untuk produk keluaran tempatan. Jadi buat anda yang ingin mendapatkan produk tempatan bolehlah berkunjung ke sini untuk mendapatkan barangan yang anda inginkan.

YB Menteri tidak melepaskan peluang melihat sendiri produk yang dipamerkan
Usahawan-usahawan

Sebenarnya dimaklumkan bahawasanya, ramai usahawan yang bekerjasama dengan pihak Yusa Food untuk memasarkan produk mereka. Ianya satu inisiatif yang baik untuk memastikan produk tempatan juga mampu sampai ke pelanggan yang lebih ramai.

Pada majlis pelancaran tersebut juga, saya sendiri telah bertemu dengan beberapa usahawan yang memasarkan produk mereka di kedai Yusa Food ini. Sememangnya produk yang mereka hasilkan begitu berkualiti dan mampu menyaingi produk keluaran yang lain.

Dengan dibimbing oleh pihak agensi kerajaan, pastinya produk ini dipastikan dengan kualiti yang cukup terjamin. Baiklah jom kita saksikan beberapa usahawan yang sempat saya bertemu pada majlis tersebut.

Ini adalah pengusaha produk Hilmie’s iaitu produk serbuk perasa untuk pelbagai guna. Yang saya gemarkan tentang produk ini adalah ianya cukup mudah untuk digunakan. Untuk makluman anda, kakak saya memang guna produk ini dirumah. Saya sememangnya dah familiar dengan produk ini. Tak sangka pula akan bertemu pemiliknya di majlis ini.

Antara menu yang dimasak menggunakan produk Hilmie’s

Ini pula merupakan pemilik bagi produk makanan Korea ommaSon. Ianya merupakan antara pengusaha makanan Korea yang halal di Malaysia. Dan dikhabarkan, mereka telah diwawancara sendiri oleh televisyen awam Korea iaitu Korea Broadcasting System (KBS) mengenai produk yang mereka hasilkan. Saya sendiri telah menggunakan produk pes Bulgogi mereka dan hasilnya cukup sedap dan mudah.

Ini pula adalah pengusaha Honey Bentong Ginger. Ianya merupakan pengusaha produk berasaskan halia. Yang menariknya, halia yang mereka gunakan adalah dari tanaman mereka sendiri. Jadi kualiti yang digunakan memang di tahap yang tertinggi. Halia Bentong juga dikatakan lebih baik berbanding halia biasa.

Cawangan-cawangan

Selain itu juga, dimaklumkan bahawasanya, pihak TYusa Food mempunyai lagi 4 cawangan mereka selain di Sunway Putra Mall ini. Ianya terdapat di:

  • SACC Mall, Shah Alam
  • The Curve, Damansara
  • Publika, Solaris Dutamas
  • Melawati Mall, Wangsa Maju

Jadi buat anda yang teringin untuk mendapatkan produk tempat yang baik lagi berkualiti, bolehlah berkunjung ke mana-mana cawangan Yusa Food ini. Pastinya anda akan berpuas hati dan rambang mata dalam memilih produk yang begitu banyak.

Saya yakin, jika kita sendiri yang menyokong perusahaan kecil dan sederhana ini, pastinya ekonomi mereka lebih maju kehadapan seterusnya memajukan masyarakat sekeliling juga. Semuanya bermula dengan kita semua.

Untuk maklumat lanjut mengenai Yusa Food, bolehlah berkunjung ke mana-mana medium seperti di bawah:

Facebook: Yusa Food Products

Instagram: YusaFoodProducts

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge