Site icon AMIRNAWAWI

AKHIRNYA! Setelah 3 Tahun Bersama Nuffnang, BE Pertama Diterima

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Apa khabar? Semoga hari ke enam puasa ini kita semua berada dalam keadaan sihat sejahtera disamping keluarga tercinta hendakknya. PANJANG kan tajuk entri kali ini? Memang sengaja nak kasi panjang, biar semua orang baca.

Oh! Entri ni nak tunjuk kekesalan atau kegembiraan melampau nih? Apapun kedua-duannya sekali mungkin! Untuk makluman, ramai yang tidak percaya aku BELUM PERNAH dapat BE sepanjang aku bersama Nuffnang. Namun itulah hakikat pahit yang benar. Akhirnya rekod aku tanpa BE lebur jua..

Email penolakan untuk kempen blogbuster

Hari ini selepas aku mendapat email penolakan untuk kempen blogbuster aku, tengok-tengok di dashboard Nuffnang munculnya BE pertama. Agak hambar sebenarnya, namun takpa la. Tak dapat blogbuster untuk kempen ini, dapat BE pun kira ok la.

BE pertama aku

Apepun semoga ini permulaan yang baik setelah 3 tahun bersama Nuffnang. Tapi aku agak ralat bila baca blog budak-budak baru tulis blog sebulan dua pun dah dapat BE. Aku nih? Bertahun, secara spesifiknya 3 tahun! Tu pun baru satu. Dah berpuluh tips aku ikut, tapi hampa..

Ini bukan entri lepaskan geram, tapi saje-saje jer 🙂

Takde rezeki ngan BE pun belah lain banyak juga aku dapat. Tu la, jangan fokus pada satu sahaja, banyak lagi lubuk lain yang ada. Apapun terima kasih Nuffnang. Semoga banyak lagi kempen lain bakal menjelma.

 

AM: Dah banyak merasa gadget baru dengan blog.

 

Exit mobile version