Site icon AMIRNAWAWI

Aktiviti Yang Ingin Dilakukan Selepas Tamatnya PKP

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai aktiviti yang saya ingin lakukan selepas tamatnya PKP.

Sedar tak sedar sudah lebih setahun kita berkurung di rumah iaitu semenjak Mac 2020 setelah dunia diserang oleh pandemik Covid-19. Ingatkan beberapa bulan sahaja, rupanya masih tiada nampak penghujungnya. Namun syukur kadar vaksinasi di Malaysia semakin hari semakin tinggi. Semoga kita berjaya keluar dari serangan pandemik ini. Saya sudah dicucuk, anda pula macamana?

Ok baiklah, kita teruskan dengan perkongsian utama kita. Sejujurnya saya teringin nak lakukan beberapa pekara selepas tamatnya PKP di Malaysia ini. Penat sebenarnya duduk rumah sahaja. Orang cakap penat kerja, tapi saya pula rasa penat duduk rumah tak buat apa-apa. Selepas Covid-19 melanda dunia haritu, saya telah kehilangan kerja, jadi sekarang saya banyak melakukan aktiviti di rumah sahaja.

Jadi banyak benda yang saya ingin lakukan seperti biasa namun tak dapat untuk dilakukan kini.

Malaysia adalah syurga makanan! Saya dari kurus sampai sekarang dah berisi sedikit namun tetap juga food hunting! Siapa mampu menolak makan satay tulang, asam perut, nasi kerabu, nasi kandar dan pasemboq? Sedapnya. Masih terngiang-ngiang rasanya di dalam mulut ini. Namun sekarang semua itu hanyalah kenangan. Nak makan tak boleh sebabnya dah tak boleh rentas negeri.

Itu baru beberapa makanan, cuba anda bayangkan nasi dagang Kampung Atas Tol, nasi kandar beratur, nasi lemak antarabangsa, kambing bakar Guanzhou dan banyak lagi. Ya Allah itu semua makanan yang memang saya teringat-ingat. Jaga-jaga, nanti bila dah boleh rentas negeri, ini semua akan saya serbu.

Jika sebelum ini, boleh dikatakan setiap bulan akan ada sahaja tempat yang saya akan pergi. Pergi untuk tenangkan fikiran dan juga explore segala tempat di Malaysia ini. Memang boleh dikatakan menjadi rutin untuk saya staycation ini.

Melancong dan explore ini semestinya memerlukan tempat penginapan. Saya pastinya akan pilih hotel yang terbaik untuk saya diami. Ya lah kan, tempat untuk kita merebahkan badan semestinya kena wow.

Tapi buat masa ini, antara hotel yang saya ingin menginap tapi belum dapat adalah di Port Dickson, iaitu  Lexis Hibiscus Port Dickson.

Dah hampir 2 tahun saya tak jumpa kawan-kawan di KL. Selepas berhenti kerja di Kuala Lumpur, saya telah mengambil keputusan untuk menetap di kampung. Jadi maksudnya saya tak jumpa mereka dah lama. Rindu nak jumpa mereka, lepak-lepak, makan-makan dan juga berbincang dengan mereka isu-isu semasa (membawang).

Kalau dulu lepak mamak boleh dikatakan setiap hari. Ada sahaja benda yang dibincangkan bersama. Bisnes, aktiviti dan berbagai lagi isu yang biasa dibincangkan. Ketawa macam tak ingat dunia. Kini itu semua kenangan dan menjadi rinduan. Ah! Dah macam lirik lagu kan.

Dah 2 tahun saya mencari kerja. Selepas berhenti kerja tempoh hari, sekarang saya hanya membuat kerja yang tak seberapa di kampung sahaja. Namun syukur segalanya cukup. Namun saya ingin mencari kerja yang bersesuaianlah. Cukup memang cukup namun tak salah kalau nak lebih kan.

Saya akui ramai majikan yang terjejas dan kadar pengangguran juga tinggi sekarang. Namun semoga selepas badai ini berlalu, sinar harapan semakin jelas di masa depan. InsyaAllah buat sesiapa yang tiada pekerja seperti saya akan mendapat pekerjaan nanti. Stay positive ok

Jadi ini adalah antara pekara yang saya ingin lakukan setelah PKP ini berakhir. Anda pula teringin nak buat apa? Saya yakin ramai di antara kita yang teringin nak balik jumpa keluarga. Itu adalah rindu yang paling berat. Mana tidaknya sudah lama tidak berjumpa keluarga kan. Abang kakak saya sendiri pun sudah lama tidak pulang.

Memang dalam hati berindu dendam ingin berjumpa ayah bonda kan. Raya tempoh hari pun tak boleh balik. Ya faham zaman sekarang zaman teknologi, boleh sahaja telefon tapi tidak sama dengan berjumpa depan-depan.

Syukur saya sekarang berada dengan keluarga sendiri. Hari-hari dapat menatap wajah ayah bonda. Namun saya faham akan keluh kesah anda.

Semoga pengakhiran yang gembira bakal kunjung untuk kita semua warga Malaysia dan juga dunia. Jom vaksin! Semoga herd immunity berjaya kita capai segera di Malaysia.

Apa pula perancangan korang?

Exit mobile version