Assalamualakum dan Salam Sejahtera. Kali ini anda dalam segmen #AmirMakan. Kali ini aku nak bercerita tentang makanan yang popular di negeri Pahang iaitu Puding Raja.
Mengikut daripada maklumat si penjual makanan ini, Puding Raja merupakan makanan di istana Pahang namun sekarang ia sudah dapat juga dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat di Malaysia.
Ini merupakan kali pertama aku makan masakan ini. Memang best. Kandungan ia kalau aku tak silap ialah pisang salai, kurma, buah ceri, buah gajus, jala emas dan macam-macam lagi. Ditambah pula dengan curahan air yang sememangnya manis dan pekat. Memang sedap!
Macamana? Kecur airliur aku meilhatnya. Walaupun harga yang agak mahal namun memang berbaloi untuk makannya. Anda semua mesti cuba..
AM: Terasa nak makan lagi masakan tradisional negeri lain pula.
