Site icon AMIRNAWAWI

#amirtravel: Air Terjun Lata Belantan Besut Terengganu

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semuanya. Bertemu lagi untuk entri kali ini. Untuk segmen #amirtravel kali ini, anda akan saya sajikan dengan pemandangan indah di Lata Belantan. Salah satu tempat peranginan yang indah di Terengganu.

Baiklah, tanpa membunag masa, ayuh kita kenal sedikit sebanyak mengenai Lata Belantan ini. Lata Belantan merupakan salah satu tempat peranginan di daerah Besut Terengganu. Perjalanan ke sini hanya mengambil masa 15 minit dari bandar Jertih. Memang dekat sahaja.

Tempatnya memang menarik. Mengenai jalan masuk ke tempat ini pula memang agak bersimpang siur namun struktur jalanya telah dinaik taraf oleh PBT. Memang jalan baru la sekarang. Tiada lubang-lubang disepanjang jalan. Signboard juga ada disempanjang jalan masuk ke sini. Anda tidak akan sesat untuk mencari tempat ini jika anda betul-betul peka dengan signboard tersebut.

Ayuh, kita lihat gambar pula. Biarkan gambar berbicara.

Ke puncak Gunung Tebu juga melalui laluan yang sama, tapi kami hanya sampai ke kaki Gunung sahaja..
Laluan naik ke air terjun yang bersimpang siur
Airnya yang jernih memukau mata memandang buat kali pertama
Pokok kayu yang tumbuh meliar di dalam hutan Simpan ini
Sesejuk mata memandang, sejuk lagi badan yang merasanya..haha3
Mencuba teknik apungan yang dipelajari..haha
Memang best. Panorama sekeliling pun indah.

Tempat ini memang menarik. Sesuai untuk aktiviti santai bersama keluarga. tIada bayaran masuk dikenakan. Namun anda haruslah menjaga kebersihan air terjun ini bersama-sama. Jangan buang sampah merta-rata dan bersihkan semula kawasan yang telah anda gunakan.

 

SAYANGI ALAM SEKITAR UNTUK KEGUNAAN BERSAMA

 

 

 

AM: Teringin nak ke Lata Tembakah dan Kolam Air Panas La pula..

Exit mobile version