#amirtravel: Air Terjun Pancing Kuantan Pahang
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ini kita kembali lagi dalam segmen #amirtravel. Kali ini saya ingin membawa anda meneroka ke tempat peranginan yang ada di sekitar Pahang. Tempat bertuah yang saya ingin review kali ini adalah Air Terjun Pancing yang berada di Kuantan Pahang.
Air terjun ini teramatlah dekat dengan bandar Pahang. Dengan menggunakan kereta, anda mampu sampai ke sini dalam masa 30 minit sahaja dari bandar Kuantan. Jadi jika anda berkunjung ke Kuantan, jangan lupa untuk singgah ke sini sambil menikmati air dan udara yang segar.
Bayaran masuk pula dikenakan RM2 bagi dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak. Terdapat pelbagai kemudahan yang ada di kawasan peranginan ini. Chalet, Surau dan pelbagai lagi ada disediakan untuk anda. Sememangnya tempat ini sesuai untuk anda beristirehat bersama keluarga bagi melepaskan tekanan kerja.
Saya berpeluang berkunjung ke sini pada cuti Hari Malaysia yang lepas. Penuh! Itulah yang dapat saya gambarkan disekitar tempat ini. Semua bangsa di Malaysia ada. Cina, India, Melayu, kaum peribumi dan tidak lupa juga pelancong asing. Sesiapa yang datang ke Pahang, jangan lupa berkunjung ke tempat ini.
Berikut adalah gambar yang sempat saya ambil semasa berkunjung ke sana.
Itu sahaja dulu untuk segmen #amirtravel kali ini. Lain kali saya akan membawa anda meneroka seluruh Malaysia ini. Selamat bercuti semua!
AM: Teringin nak ke Gambang Waterpark. Dah 2 tahun lebih berada di Gambang tapi tak pernah pula menjejakkan kaki ke Gambang Waterpark..
Amir, memang lama betul aku tak singgah sini, cuti lagi ke?
tak.. Baru jer masuk uni balik.. baru start belajar 2 minggu
Penah sampai kat tpt ni..tapi masa tu agak x terurus .. Gambang Resort plak..mcm hmm..byk yg pihak GambangResort nak kena improve…anyway kira ok la GR tu..
Sekarang dah terurus dah. Nak masuk pun dah kena bayar.
Pingback: #amirtravel: Air Terjun Pandan Kuantan Pahang - AMIRNAWAWI
best2 gi pancing! dapat mandi bawah air terjun tu lagi syok…huhuhu