Site icon AMIRNAWAWI

Cara Tebus Program Jaringan Prihatin

Cara Tebus Program Jaringan Prihatin | Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua Cara Tebus Program Jaringan Prihatin.

Apa Itu Program Jaringan Prihatin

Semasa pembentangan Belanjawan 2021 yang lalu, kerajaan telah mengumumkan satu lagi inisiatif yang sangat positif iaitu Program Jaringan PRIHATIN. Melalui program ini, golongan B40 akan menerima bantuan kredit telekomunikasi sebanyak RM 180 seorang. Seramai 8 juta orang akan mendapat manfaat ini sepatutnya pada bulan Mac 2021. Penerima boleh menggunakan bantuan kredit telekomunikasi bagi melanggan perkhidmatan internet atau menampung sebahagian kos bagi pembelian telefon pintar yang baru dengan anggaran peruntukan sebanyak RM1.5 bilion.

Jadi bermula hari ini iaitu 5 Mei 2021, pihak telekomunikasi telah membuka permohonan kepada semua. Perlu diingatkan yang program ini hanyalah untuk golongan B40 sahaja.

Cara Untuk Tebus Program Jaringan Prihatin

Pertama sekali, anda perlu ke laman web syarikat komunikasi yang anda gunakan. Hanya satu IC boleh mendaftar sekali sahaja. Jadi kalau anda ada banyak nombor, pilih satu syarikat telco sahaja.

Tekan link di bawah mengikut telco pilihan anda:
Digi: Tekan di sini
Maxis: Tekan di sini
Celcom: Tekan di sini
U Mobile: Tekan di sini

Saya tebus melalui telco Digi. Jadi step seterusya adalah berdasarkan laman sesawang Digi. Namun setiap telco mempunyai cara yang sama sahaja.

Seterusnya tekan Jom Tebus pada bahagian bawah.

Tekan pada bahangian Jom tebus di bawah ini
Masukkan nombor kad pengenalan untuk semakan anda layak atau tidak
Seterusnya anda akan dibawa ke bahagian sini. nada boleh plih untuk prepaid atau postpaid. Pakej Kredit RM180 atau Subsidi Peranti RM300

Pakej kredit internet RM180 adalah untuk individu bujang atau berkahwin yang tiada anak-anak di bawah 18 tahun manakana Subsidi Peranti RM300 adalah untuk Individu bujang atau berkahwin dengan anak-anak di bawah 18 tahun.

Saya pilih untuk menggunakan nombor Digi yang sedia ada. jadi saya daftar sahaja nombor saya yang sekarang. Setelah itu email pendaftaran berjaya akan diterima.

Email diterima seterusnya tekan sahaja tebus tawaran anda. Isi maklumat dan settle!

SMS akan dihantar kepada anda dan kredit RM15 sudah pun dimasukkan terus ke dalam akaun telco anda. Saya sudah menerimanya untuk bulan ini!

Jadi bolehlah gunakan kredit yang diberikan untuk membayar pakej telco yang disediakan oleh syarikat telco anda. Jimatlah RM15 dari pakej yang biasa di bayar. Macam saya biasanya RM35 sebulan, Sekarang jadilah RM20 sahaja setelah ditolak kredit ini.

Dan program ini berlangsung selama setahun. Maksudnya RM15 untuk 12 bulan.

Sama-sama kita ambil manfaat daripada usaha kerajaan ini. Undi tak undi belakang kira! Bye!

Exit mobile version