AMIRNAWAWI

Cashout Adsense – Cara Isi Maklumat Bank

Cashout Adsense – Wire Transfer |Assalamualaikum dan salam sejahtera kepda semua pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda sihat sejahtera hendaknya. Baiklah utnuk entri kali ini saya ingin berkongsi kepada anda semua mengenai cara untuk kita isi maklumat bank kita pada laman web Adsense untuk mereka membuat pembayaran kepada kita.

Apa Itu Adsense

Mungkin anda yang belum tahu lagi apa itu Adsense. Baiklah adsense merupakan sebuah produk/servis di bawah Google yang menyediakan perkhidmatan iklan. Mereka menyediakan iklan untuk diletakkan di blog ataupun youtube kita dan kita akan mendapat bayaran daripada khidmat ini. Saya pasti anda semua yang membaca entri ini sudah tahu apa itu Adsense bukan? Kalau tak, anda tak search la entri ini 🙂

Untuk mengeluarkan duit atapun cashout Adsense ini terdapat 2 cara yang diberikan oleh pihak Adsense iaitu melalui wire transfer (bank transfer) dan juga cek. Namun pembayaran terus ke dalam akaun bank adalah lebih praktikal dan menyenangkan.

Baiklah tanpa membuang masa, mari kita mulakan cara untuk mengisi maklumat bank di Adsense.

Cara Isi Maklumat Bank

1. Log in Google Adsense anda

2. Tekan pada bahagian Payments (seperti anak panah di bawah).

3. Pada bahagian How you get paid, tekan ADD PAYMENT METHOD (seperti anak panah di bawah)

4. Seterusnya tekan pada bahagian ‘Add new wire transfer details’.

5. Isi segala maklumat yang diperlukan

Name On Bank Account : Masukkan nama penuh anda
Bank Name : Tuliskan nama bank anda
SWIFT-BIC : Masukkan kod bank menurut panggilan antarabangsa. Anda boleh semak kod tersebut mengikut nama bank anda dipautan ini
Swift BIC kebiasaan untuk Malaysia: Maybank : MBBEMYKL | CIMB : CIBBMYKL
Account number : Masukkan nombor akaun bank anda
Re-type account number : Masukkan sekali lagi nombor akaun bank anda yang sama

6. Tekan pada ‘Set as primary payment method’. Pada bahagian atas tu tak perlu usik apa-apa. Biarkan sahaja dan tekan butang ‘Save’.

Selesai!

Sebenarnya ada boleh mendapatkan bayaran anda dari Adsense melalui bank transfer (wire transfer) dan juga pembayaran cek. Namun bank transfer adalah lebih praktikal tanpa perlu anda bersusah payah nak cashout cek tersebut. banyak saya terbaca yang ada blogger/youtuber yang ada masalah sedikit dalam proses cashout cek. Jadi nak selamat dan senang, biarkan sahaja ia masuk ke dalam akaun bank kita. Cukup masa, boleh keluarkan dan guna.

Jangan lupa untuk teruskan membaca entri yang lain. Tekan di sini

Insan yang tenang adalah insan yang berjaya

-amirnawawi.com
Exit mobile version