Site icon AMIRNAWAWI

Cerita Mak Cik Karipap

Perjalanan aku dari Kuantan ke Kota Bharu mengambil masa selama 7 jam menggunakan bas ekspress. Tiket dibeli RM32 dan naik dari Terminal Makmur pada pukul 11 malam.

Berbekalkan sebiji bag galas yang mengandungi komputer riba aku menaiki  bas Transnasional di Platform 2 Terminal Makmur. Perjalanan   aku pilih waktu malam kerana  perasaanku mengatakan perjalanan itu singkat. Mungkin itu hanya perasaanku sahaja. Perjalanan waktu malam jug menjadi singkat mungkin kerana aku tertidur di dalam bas.

Tibanya di Kota Bharu pada pukul 6.00 pagi aku terus bersolat subuh di sana. Terpaksa beresak-esak di dalam tandas untuk mengambil wudhuk memandangkan tempatnya memang kecil sahaja. Walaupun agak dhaif tempatnya namun alhamdulillah masih ramai yang mengetahui akan pentingnya menunanikan solat ini. Sebarang alasan bukanlah penghalang untuk melaksanakan tuntutan agama ini.

Dalam keadaan samar-samar pagi, aku naiki bas CityLiner ke kampung aku. Keadaan pagi yang masih awal mungkin penyebabnya tak ramai penumpang yang ada. Ku perhatikan seorang perempuan bertudung labuh berada jauh di ceruk paling belakang. Langkah kaki ku terhenti sekejap. Mengelamun lagi. Sudah beberapa bulan aku tidak pulang bertemu ibubapaku. Sesekali perasaan rindu itu muncul.

Sampainya aku di Tok Bok, loceng bas ku tekan dan aku turun dengan langkah bersemangat. Rindu akan keluargaku makin membuak. Namun perutku mula berkeroncong. Oh, aku masih belum menjamah sebarang makanan dari semalam. Masih dalam samar pagi, aku ternampak akan sebuah warung kecil di hujung jalan.

Aku segera ke sana, harapanku agar aku dapat menikmati sedikit makanan pengalas perutku ini. Ku ambil karipap 5 biji lalu ku hulur wang 2 ringgit kepada Makcik penjual karipap itu. Cara pandangan makcik itu sudah mulai pelik, adakah aku membuat sebarang kesalahan. Mungkin barangkali dia kaget melihat rupaku yang seakan jerangkung yang  masih belum mandi. Langkah ku atur keluar dari kedai itu.

Kurasakan karipap itu satu demi satu. Rasanya memang enak dan garing. Inti kentangnya memang memikat kalbu. Dalam kesamaran pagi, tiba-tibai ku rasa ada sesuatu yang menyapa bahuku, masih dalam keadaan mamai dan kelaparan dan mungkin jua ketakutan, aku pandang ke arah belakang. Rupanya makcik karipap itu sedang berada di belakangku seraya berkata,

Mak cik:Adik ambik berapa biji karipap tu?

Aku: 5 Biji  makcik, kenapa?

Makcik: Oh, adik bayar 2 ringgit nih masih ada baki. karipapa tu 4 seringgit.

Aku: Oh ye ker? saya ingatkan 4o sen satu. sebab tu ambik 5 jer. Biasanya kat tempat saya belajar sana 40 sen la satu.

Makcik: Patutla, makcik ingatkan kamu tak mahu baki tadi. Ni nak ambik baki ke nak tambah ambik karipap?

Aku: Saya amik karipap jelah lagi 3. Terima kasih Makcik.

Wahaha, rupenyer karipap kat negeri aku nih masih murah. Lama tak keluar beli makanan kat sini. Ternyata masih murah berbanding bandar-bandar. Menghadap karipap la aku sepagi tuh. Balik rumah terus jer sambung tidur.

Moral of the story: Nak cerita makanan kat tempat aku masih murah jer..haha3. Ucapan kepada semua penuntut universiti yang akan pulang bercuti tu, makan la karipap banyak-banyak ek. Aku eksited nak cuti ni sebebnarnya. Sebab tu aku taip entri nih. karipap oh karipap.

AM: Minggu depan cuti semester. Rindu akan karipap makcik tuh. 😛

p/s: Gambar ehsan pakcik google semuanya.

 

Exit mobile version